Isnin, 17 November 2008

PeNyeSalaN..


Sejenak selepas solat Maghrib tadi, tiba-tiba diri dihambat satu perasaan. Perasaan yang sukar untuk digambarkan melintasi benak minda yang baru selesai bermunajat. Adakah diri cukup bekalan untuk dibawa ke hari muka... Adakah diri cukup sedia untuk di adili di mahkamah NYa. Setiap kali persoalan bermain di ruang kepala, diri pasti takut untuk menanti saatnya.

Iman yang senipis kulit bawang ini mana mungkin jadi pertaruhan. Permainan dunia terlalu banyak menguasai nafsu dan ditenggelami naluri hati. Tatkala diri bebas dari ujian, disitulah alpa akan tanggungjawab. Bila diri ditimpa ujian, barulah merasa besar kuasaNya.

Bila diimbas, terlalu banyak hati-hati yang disakiti. Terlalu banyak amarah yang dicipta. Namun, ada juga yang manis buat pengganti diri. Agak sukar untuk menilai diri ini. Biarlah baik buruk dinilai dimata dunia. Sukarnya menghadapi semua ini.

Lantas, timbul satu penyesalan. Diri belum bersedia, diri belum cukup bekalan. Andai esok tiba giliran untuk pergi menemuiNya, bagaimana hendak dijawab. Semua komponen diri menjadi saksi. Hanya mampu berdoa agar masih diberikan nafas untuk mengingatiNya, mengkuti suruhanNYa, meninggalkan laranganNYa.....

7 comments:

Tanpa Nama berkata...

Salam ukhwah.

Az_liey berkata...

salam penyesalan

NivyanPazza berkata...

setiap penyesalan itu ada sebabnya...
setiap yang bersebab itu pasti ada punyanya...
manakala setiap punca itu pasti ada hikmahnya...
penyesalan tanpa istiqamah, hanya daun-daun berterbangan......
istiqamah tanpa keikhlasan ibarat pokok tidak berbuah.....
keikhlasan tanpa hati yang tulus...
ibarat tin-tin yang kosong..

teruskan mencari di mana letaknya sinar abadi...
jika mencari pastikan laluan yang betul..
kerana motif pencarian adalah sinar dihujung terowong abadi....


nukilan,
nivyanpazza

Az_liey berkata...

hijrah menuju ALLAH

dihujungnya hasanah...

Muslimin Agung berkata...

Salam Wasilah Ukhuwah Fillah

Ujian adalah anugerah daripada ALlah
Apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang hanyalah sementara
Semua adalah nikmat daripada Dia

(mcm salah lirik jak ni?????)

Az_liey berkata...

mungkin...

eddy'sm berkata...

iya....biar dari hati..terus ke segenap pembuluh darah mu
dan terus ke ruang tubuh mu...