Sabtu, 19 September 2009

Salam Aidilifitri... Pantun Lawak

Pantun Lawak Hari Raya dan Pantun Aidilfitri


Lapar puasa terketar-ketar
Bila berbuka lega rasanya
Kad raya tak sempat nak hantar
Kiriman MMS pun dah kira grand lah ye..!

Anak Dolah makan lepat
Makan lepat sambil melompat
Nak hantar kad raya dah tak sempat
Pakai MMS pun kira ok what?

Lemah lembut tuan puteri
Berkain cindai cantik dipandang
Meriah menyambut Aidilfitri
Sahabat handai datang bertandang

Udara dingin hening pagi
Tabuh bising mulakan hari
Aidilfitri menjelma lagi
Masing-masing pakai berseri

Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba shaya
Sama-sama menyambut raya
Maaf-maafan dihari bahagia

Aidilfitri hari kemenangan
Kejayaan menempuh halangan
Mengenali erti kesenangan
Bagi mereka yang kekurangan

Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakrapan

Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah

Saidina Affan menyusun kata
Tutur peri yang aulia
Maaf-bermaafan sesama kita
Di Aidilfitri yang mulia

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

Rabu, 2 September 2009

KhaFie Dan Zara Suriana

Salam Buat Semua...
Tepat jam 2 petang, aku dan 2 orang juniorku ke terminal 2 (Air Asia) untuk menyambut kepulangan sahabat lamaku (agak lama sebab kami satu sekolah dan satu asrama dulu)yang pulang ke bumi sabah bersama adiknya yang terpilih untuk rancangan realiti TV pencarian pelakon baru oleh Rosyam Nor. Mohd Saqafi atau nama komersilnya " Khafie" bersama adiknya Bibi Norsarah atau "Zara Suriana". Walaupun tidak berjaya ke pentas perdana, namun semangat juang mereka untuk terus survivor dalam program tersebut amat baik. Tahniah Khafie A.k.A "POH". Semoga cita-cita yang kau impikan ini membawa sinar buatmu kelak.
Kepada yang masih belum mengetahui tentang rancangan realiti yang di maksudkan, boleh klik sini. Gambar kat bawah ni gambar selepas 5 minit tiba di balai ketibaan. Terima kasih kepada Ayie kerana sudi menjadi driver petang itu dan Juden selaku pengiring. Thanx guys...
Oh ya, tiba fasa kedua Ramadhan kali ni aku ingin memohon sejuta kemaafan kepada seluruh sahabat-sahabat jika aku pernah terkasar bahasa , perlakuan dan sebagainya. 0-0 yea...
Buat amak, Salam Apresiasi Ramadhan.....

"Zara, Me and Khafie"

Isnin, 31 Ogos 2009

Bangga Jadi Orang DUSUN.........


Salam buat semua... Aku tertarik dengan satu sajak mengenai orang Dusun. Beside, i'm Dusun bah.. Proud with my race as well. Sajak ini saya kongsikan dengan anda semua...

malu mengaku dusun?
itu org mau kena jentik dia punya telinga..
dusun - kaum bertamadun..
memelihara budaya..
dan tahu asal-usul..

malu pasal dusun tinggal atas bukit?
celebrity di US bangga tinggal atas bukit..
orang kaya suka tinggal atas bukit..
walaupun rumah org dusun atas bukit..
bukan berharga 6juta mcm jiran sebelah..
tapi rumah org dusun dibina bukan dari $ kotor..
hj jamli dulu minta sedekah dari org dusun..
skg anak dia datuk hj musbah tindas dusun..
buat rumah 6juta dari duit busuk..

sedarlah..
org lain dengki org dusun..
org dusun harap anak dusun berilmu..
balik kg dan bela nasib org dusun..
bukan melalak dalam SF menghina org dusun..
itu namanya menghina diri sendiri..
lebih memalukan..

kadazan?
tinggal satu mimpi indah..
rethorik lapuk org politik..
semangat dibunuh USNO..
semangat dibunuh org dusun sendiri..

panggil lah apa saja..
kadazan dusun murut kadus kdm..
silapnya tak menyeluruh..
silapnya sama berunai kedayan bisaya tidak disenarai sama..
kalau tidak..
kadazan memang unggul diseantero..

jadilah diri sendiri..
berdiri teguh berlatarbelakangkan kepelbagaian..
berdiri teguh membina satu bangsa..
sabah.

Khamis, 27 Ogos 2009

Update Ku Yang TERkini,.,,,,


Salam Buat Semua....
Agak lama diri ini tidak meng"update"kan blog nie.. Sangat Bersawang.. Dah 2 bulan rasanya. Banyak yang ingin diceritakan kepada sahabat-sahabat yang setia melayari blog ini. Syukran jazilan buat semua. Sebenarnya, diri agak sibuk kebelakangan ini. Banyak hal-hal dunia yang perlu dibereskan. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.


Untuk pengetahuan semua, pada penghujung Jun lalu, diri ini telah mewakili UMS untuk pertandingan Debat IPT Sabah di Masterskill College, Inanam. Alhamdulillah, kami telah berjaya merampas semula kejuaraan apabila bertemu Uitm KK di peringkat final. Tahniah juga buat Team Mate ku Abg Fairuz, Razzaq, Nawi dan Bayu.. Thanks A lot guys...


Tanggal 10 Julai yang lalu juga, diri ini telah berjaya melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana (Master)di Ums dalam Penyelidikan Sains Sosial. (Terima Kasih Buat En Fazli dan Puan Salmie kerana sudi menjadi penyelia ku untuk Master kali ini) huhu.. Pada 13-17 Julai 2009 diri ini menghadiri kursus metodologi untuk pelajar Pascasiswazah. Malangnya, hari kedua kursus diri ini telah diserang demam sehingga mencecah 39 darjah... Sangat menggigakkan.. Setelah itu, aku telah di hantar ke Queen Elizabeth Hospital untuk diperiksa. Thanx buat Adik Mieroll sebab sudi untuk menjemput diri ini dengan motor pinjam.. hehe..


Tanggal 9-13 ogos yang lalu, seperti biasa Kolej AB menganjurkan pertandingan Debat Piala Naib Canselor kali ke 9. Diri ini menjadi hakim. Alhamdulillah, Delegasi Kolej AB, berjaya merangkul semula kejuaraan buat kali ke 7 tahun berturut-turut untuk kategori utama. Untuk Kategori Junior pula, sekali lagi kolej AB merangkul kejayaan berganda. Thank u ALLAH. Usaha selama ini berbaloi. Tahniah Buat Asraf, Malik, Shafiq dan Maiza untuk kemenangan itu. Tidak lupa buat team senior 2 Mesq, Amor, Hadi dan Fendy. U guys did it well. Apresiasi buat Aliff, Fazli, Marianne dan Opu untuk kemenangan kategori junior.Tidak lupa buat Juden, Aida, Faizal A.k,a Jai Ho dan Ayie.. Luv u Guys....


huhu.. Tanggal 18 Ogos pula diri ni ke temuduga untuk Felo. Sangat gigak.. Buat sahabat-sahabat, doakan diri ini... Hm.. Rasanya cukupla buat update kali ini.. BUat Amak, aku rindu dengan kenangan lalu,.... Miss u Amak...\
Salam Ramadhan untuk semua...
"Hadapi dengan Senyuman.... "

Ahad, 28 Jun 2009

MIKHAIL...

Berakhirnya fenomena JACKO


Michael Jackson


DIA dilihat aneh dan penuh misteri. Tapi dia juga mencipta hits, punya persona, gaya dan ego, juga bakat yang besar, digelar ikonik muzik dan disanjung sebagai Raja Pop Dunia.

Kini semua pemujaan itu berkubur bersama-samanya. Membawa sekali kehidupan suka duka dan pahit manis yang dilaluinya selama hampir 51 tahun dia menghuni dunia ini.

Michael Joseph Jackson yang awalnya mula dikenali bersama empat saudaranya - The Jackson 5- nyata mencipta legasinya dengan penuh kemasyhuran, juga kehancuran.

Kematian mengejut pada petang Khamis (pagi Jumaat waktu tempatan) lalu akibat kegagalan fungsi jantung membawa sekali gemilang dan tragedi diri yang berpanjangan; yang pelik lagi aneh, yang adakalanya melucukan daripada kemilau kemuncak jaya seorang penyanyi yang dikecapi sejak tahun 80-an.

Penghibur legenda itu menyatukan muzik hitam-putih yang merobohkan tembok kaum di MTV serta mendominasi papan carta lagu serta hadir di pentas dengan gaya persembahan mengagumkan.

Memang siapa yang tidak mengenali si Wacko Jacko, nama jolokan yang sepelik dan seaneh wajah buatannya.

Namun muziknya mencipta fenomena. Album Thriller (1982) yang mengandungi lagu hits blockbuster - Beat It, Billie Jean dan Thriller - nyata mencipta satu kejayaan terunggul buat dirinya selepas era Jackson 5.

Terjual lebih 109 juta unit di seluruh dunia, menjadikan album terbitan Quincy Jones itu sebagai album yang mendapat penjualan paling banyak dunia dan merangkul kedudukan tertinggi papan carta lagu selain Beat It dan Billie Jean meraih lapan anugerah Grammy, sesuatu yang tidak pernah terjadi sebelum itu, di samping banyak anugerah lain.

Namun segala titik peluh dan kehebatan seorang revolusioner muzik semakin terhakis dan kemudiannya lebur akibat perlakuan pelik dan aneh yang diciptanya sendiri.

Neverland Ranch, biarpun bukan lagi menjadi miliknya, kediaman dan taman tema yang diagung-agungkan yang sering menjadi tempat berkumpul Jackson bersama kanak-kanak itu sebenarnya hampir meranapkan kerjaya seninya.

Semuanya gara-gara pertuduhan salah laku kepada insan-insan kecil yang disayanginya dan yang menyanjungi dirinya.

Kes itu juga menyemarakkan khabar angin tentang kesukaan dirinya terhadap budak-budak muda. Kerjaya dan imejnya tercalar dan dalam masa yang sama menghadapi masalah kewangan yang amat serius.

Pun begitu dibebaskan atas 10 pertuduhan melibatkan pencabulan ke atas seorang kanak-kanak lelaki tiga tahun lalu menyuntik semangat baru kepada dirinya.

Berjuta-juta peminat Raja Pop itu di seluruh dunia menantikan konsertnya malah selepas memenangi pertikaian di mahkamah itu, dilaporkan jualan album Jackson meningkat 40 peratus.

Pada saat dia mula bangun dan namanya kembali meniti di bibir masyarakat dunia, dengan jualan tiket-tiket konsert yang laku bak pisang goreng panas, Raja Pop itu tiba-tiba meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya.

Malah pada saat kematiannya di kediaman sewanya di Bel-Air, Los Angeles (L.A) itu, Jackson sedang giat membuat persediaan untuk sebuah kemunculan semula - dia dijadualkan muncul mengadakan 50 persembahan, sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini, di London dengan kemunculan sulung pada 13 Julai depan.

Dan dikhabarkan latihan itu adalah bagi merealisasikan impian untuk sebuah lagi konsert ekstravaganza yang bakal mengimbau semula keajaiban seorang Michael Jackson!

Kejutan dan misteri

Sehingga berita ini ditulis, belum ada pengesahan terhadap punca sebenar kematian namun ia cukup mengejutkan dunia.

Para peminat fanatik meratapi kematiannya, berkunjung ke kediaman keluarga yang sudah lama ditinggalkan di Gary, Indiana, juga memenuhi perkarangan Pusat Perubatan UCLA, semuanya semata-mata memberi penghormatan terakhir buat Jackson.

Biarpun dikatakan berpunca daripada kegagalan fungsi jantung, kematian itu turut mengundang sebuah misteri.

Biarpun ikon pop itu dilaporkan tidak sedarkan diri dan tidak bernafas, para paramedik cuba menyelamatnya dan bergegas membawanya ke hospital yang jauhnya ‘hanya enam minit memandu’ sebelum disahkan mati.

Kematian Jackson akibat kegagalan fungsi jantung merupakan sesuatu yang tidak dijangkakan kerana ia menyerang tanpa amaran.

Fungsi jantung yang berhenti tiba-tiba boleh disebabkan oleh serangan jantung atau masalah berkaitan jantung yang lain.

Pada sepanjang kariernya di puncak, keadaan kesihatan Jackson sebenarnya turut menjadi bualan sehangat lagu-lagu hitsnya.

Kematian yang tidak disangka pada usianya 50 tahun itu turut mengungkap kembali sejarah-sejarah masalah kesihatan yang dihadapi Jackson.

Ini termasuk pembedahan plastik, dimasukkan ke hospital secara misteri dan laporan pengambilan pelbagai pil.

Awal 90-an, pakar kulit Jackson mendedahkan bahawa penyanyi itu menghadapi masalah kulit yang dikenali sebagai vitiligo yang membuatkan kulitnya bertompok putih.

Raja Pop Dunia itu juga dilaporkan ketagihan ubat penahan sakit yang mula diambilnya selepas kulit kepalanya terbakar ketika menjayakan iklan komersil, Pepsi pada 1984.

Malah ketika menghadapi perbicaraan kes pencabulan pada 2005, Jackson beberapa kali dimasukkan ke hospital.

Tahun lepas, seorang penulis biografi mendakwa artis legenda itu menderita sejenis penyakit pernafasan yang jarang ditemui dan memerlukan transplan paru-paru namun pegawai serantanya menafikan.

Bualan mengenai keadaan kesihatan Jackson juga hangat diperkatakan semula beberapa bulan lalu apabila wakilnya menangguhkan beberapa siri lawatan ke London dengan alasan penyanyi itu perlu melakukan latihan bagi siri konsertnya di situ.

Pun begitu, pengetua Centerstaging, tempat Jackson melakukan latihan, Johnny Caswell memberitahu artis itu kelihatan sangat lemah ketika mengadakan latihan tetapi amat keras bekerja.

Bekas pegawai serantanya, Michael Levine pernah memberitahu bahawa tekanan emosi, fizikal, undang-undang, kewangan dan kecelaruan kerohanian sentiasa menyelubungi kehidupan Jackson.

“Ia umpama toksid,” kata Levine.

Namun bagi Quincy Jones yang melonjakkan nama Jackson menerusi Thriller, ”Saya tidak mampu berkata. Dia seorang penghibur yang handal dan legasinya akan diingati. Saya kehilangan adik hari ini dan separuh nyawa saya pergi bersamanya.”

Islamkah Michael?

Terkenal dengan gerak tari, juga kaca mata aviator dengan sarung tangan sekuin dan jaket ala-tentera serta seluar ketatnya, Jackson merupakan penghibur paling mengujakan bagi generasinya.

Biar banyak kisah-kisah negatif yang melingkari kehidupannya namun status dirinya sebagai seorang Muslim menjadi antara pertanyaan ramai peminatnya.

Sementelah sebelum ini Jackson pernah dilapor sudah memeluk Islam dan menukar namanya kepada Mikaeel yang bermaksud ‘rezeki”.

Jackson dilaporkan oleh akhbar The Sun pada tahun lepas telah mengadakan majlis memeluk Islam di rumah seorang rakannya yang juga penggubah muzik untuk album Thriller, Steve Porcaro di Los Angeles.

Turut hadir pada majlis itu ialah penyanyi Yusuf Islam, pencipta lagu David Wharnsby dan penerbit album Philip Bubal.

Biarpun status agamanya itu masih tidak diketahui namun abangnya, Jermaine memberitahu yang adiknya itu memang telah menunjukkan kecenderungan terhadap agama suci itu sejak awal 90-an lagi.

Jackson mula tertarik dengan ajaran agama suci ini apabila Jermaine memeluk Islam pada 1989 menggunakan nama Muhammad Abdul Aziz.

“Saya menghadiahkan banyak buku tentang keindahan Islam kepadanya selepas saya kembali dari menunaikan haji.

“Beliau banyak bertanya tentang Islam dan saya menceritakan keindahan dan ketenangan yang saya lalui selepas bergelar penganut agama ini kepadanya,” kata Jermaine yang dipetik oleh akhbar Daily Telegraph tahun lepas.

Jumaat, 5 Jun 2009

Salah Faham Terhadap Islam Salah Faham Terhadap Islam asepsetia

Selasa, 26 Mei 2009

Cuti Yang MeMenaTkan...

Salam Buat Semua...


Agak lama rasanya blog ini sepi tanpa berita. Sebenarnya diri ini terlalu sibuk menguruskan beberapa perkara penting sebelum meninggalkan UMS buat seketika. Ada beberapa ucapan yang ingin disampaikan buat sahabat-sahabat pengunjung blog. Pertama, buat sahabat-sahabat seperjuangan, Selamat Bercuti. Just enjoy there.. Buat sahabat - sahabat yang sedang praktikal, teruskan bekerja. Buat IBu-IBU di Malaysia, Happy Belated Mothers Day. Buat Ibuku yang tersayang, I love u mom... Rasanya dah cover semua ni.....
Sepanjang cuti ini, aku masih lagi berada di UMS. Jun nanti barulah segalanya selesai. Untuk pengetahuan sahabat-sahabat maya, aku ingin nyatakan beberapa aktiviti yang diisi selama cuti ini.
Before that, ni aku perkenalkan sahabat baik aku yang masih study di Universiti Malaysia Pahang. Namanya Firdaus. hehe.. Kenal ngan dia ni masa royal UiTM... Kalau g Debat, mesti conform jumpa dia ni. Anyway, dia ni cool jer.. Selalu menjadi mangsa aku kalau berkunjung ke semenanjung. Bukan apa,mangsa belikan keropok ikan... Bro, good luck for your study....

15- 19 Mei- Aku telah terbang ke Johor (UTM) untuk Tournament Debate Integrity. Tak ada apa yang boleh dibanggakan. Team aku menang 3, aku dapat 2 kali best speaker. Yang bestnya dapat kalahkan team UIAM masa first match.. Huhu.. Sentap gak...


21 Mei- Submit Thesis . Agak sangat kelam kabut memandangkan aku sempat bersiar-siar di Johor sedangkan thesis lum settle. Tapi Alhamdulillah.. Semua dah settle..


22 Mei - Submit Master Form. Hari yang amat memenatkan. Bermula awal pagi berjumpa Penyelia, terus ke Bendahari, ke Sekolah dan sebagainya. Namun, tepat jam 2.30 petang semuanya berjaya dilunaskan. (Thank you ALLAH). Insya ALLAH Julai ni akan mendaftar sebagai pelajar pasca siswazah..


22-24 Mei - Aku sempat lagi join program "Selangkah ke Menara Gading" anjuran MPP UMS. Program ni merupakan acara tahunan setiap kali cuti semester panjang. Sekolah-sekolah di seluruh Sabah akan datang dan menginap di UMS 3 hari 2 malam. Best sangat melihat adik-adik yang datang... SEMEGA ini berlangsung selama 4 siri dan berakhir pada 14 jun..


28 Mei- Thesis Correction


29-31 Mei- SEMEGA SIRI 2


1-3 JUN- Aku akan mengikuti program Kem Remaja Islam (KRIS) sebagai AJK yang akan diadakan di SMK TEBOBON. Ini merupakan program tahunan juga sepanjang cuti semester.


5-7 JUN - SEMEGA SIRI 3.


8 JUN- Aku akan ke Lahad Datu. Mengunjungi AMAK...


11-14 JUN- Aku akan ke SMK SEPAGAYA , Lahad Datu untuk program KEM REMAJA ISLAM (KRIS SIRI 4)


15 JUn- Aku balik semula ke UMS....


17-18 Jun - "Anti Dadah Tournament Debate"..


Ha.. itu semua antara jadula aku sepanjang cuti semester ini.Padat giler.,, Anyway, semoga apa yang dirancang ini berjalan dengan izinNYA...

Buat Amak, selamat bercuti...

All The Best,,,,