Terasa terpanggil untuk mencoretkan sesuatu di blog ini. Biasalah, sekarang ni blog menjadi medium untuk menyuarakan pendapat, mahupun untuk berkongsi atau diskusi.
Cinta memang indah. Seperti filem-filem melayu terkini yang pernah aku tonton. Sepi, Cinta, dan terkini Selamat Pagi Cinta yang baru ditayangkan semalam. Memang cinta itu membawa kita ke satu dimensi perasaan yang sukar untuk digambarkan namun dapat dirasa kepada mereka-mereka yang menjadi pengamal cinta. Oh dunia..
Alhamdulillah, sepanjang diri berusia 22 tahun tidak pernah sekalipun terjebak dalam mainan ini. Bukan apa, sayup-sayup suara ibu terngiang-ngiang berpesan agar sentiasa fokus untuk belajar. Akhirnya diri kini berjaya memasuki menara gading yang diidamkan. Namun, apa yang ingin disampaikan disini bukanlah pasal diri ini, jauh sekali memuji diri. Cuma untuk memberikan pendapat, maklumlah iman didada hanya senipis kulit bawang.
Pernah dulu, aku menghadiri satu forum, diskusi mengenai cinta. Ada seorang hamba ALLAH bertanya kepada salah seorang ahli panel. Adakah istilah CINTA ISLAMIC? Sentap jugak soalan. Jawapan ahli panel tersebut " Sehingga ke akhir zaman, tidak ada cinta sebegini". Bersetuju dengan jawapan panel tersebut. Kononnya cinta islamic ini seperti tidak berjumpa, sms menghantar tazkirah, namun telah mengikat satu perasaan antara satu sama lain bahawa mereka akan berkahwin. Inilah yang diagungkan oleh mereka yang mengamalkan cinta sebegini rupa. Hakikatnya, kita tidak boleh menipu diri sendiri. Kita manusia biasa. Ada hati dan perasaan.Aku yakin dan percaya bahawa, antara mereka pasti gila bayang antara satu sama lain. Biasalah, dah terikat katakan.
Aku pernah mempunyai seorang sahabat yang aku kira lebih baik dariku. Aku mengagumi ilmu agamanya. Namun sayang sekali apabila beliau sendiri terjebak dalam kancah ini. Aku melihat sendiri bermula dari hantar sms, sehinggalah mereka bertemu tanpa perantara. Aku sendiri bingung melihatnya. Bila aku bertanya, jawapannya cukup mudah " Manusia, biasalah iman lemah". Cukup bernas jawapannya. Ada jugak sahabatku yang aku cukup kagumi kerana ilmu agamanya yang tinggi, namun rupanya sedang dibuai cinta bersama seorang muslimah. Malah aku pernah terlihat gambar mereka berdua. Pernah seorang sahabatku mengeluarkan satu kenyataan bahawa perempuan ni, bersikap malu. Namun kalau si lelaki dah mula meluahkan kepadanya, lebih-lebih lagi jika lelaki itu dah lama bertakhta dihatinya, maka bermulalah satu kisah cinta. Namun, aku yakin tidak semua begitu. Ada jugak yang masih kental dengan ujian ini. Tepuk dada tanya iman..
Bagi aku, kita harus ingat bahawa matlamat tak menghalalkan cara. Contohnya memang matlamat ingin berkahwin, namun cara sebelum kahwin itu yang perlu diperhalusi. Kita harus memikirkan soal mendapat keredhaan dan keberkatan Ilahi. Zina hati harus dielakkan. Jauh sekali zina terang-terangan. Biarlah kita mencontohi Rasulullah S.A.W. Semuanya terpulang kepada diri sendiri. Tanya iman kita, jangan tanya selera. Kita mampu mengubahnya. Ramai sahabatku yang gagal dalam pelajaran kerana cinta. Aku menjadi saksinya. Lantas diri menjadikan itu sebagai sempadan untuk meneruskan liku-liku hidup ini. .....


