Memaparkan catatan dengan label best. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label best. Papar semua catatan

Khamis, 16 April 2009

Debat Sembang Kopi: Lebih Realiti dari Mimpi


Salam Buat Semua..




Alhamdulillah, pada 7-10 April yang lalu MPP UMS 08/09 ( Tahniah Adam..) telah menganjurkan pertandingan Debat Sembang Kopi yang agak unik dari debat yang aku pernah sertai sebelum ini. Ia lebih santai dan bersahaja. Agak banyak jugak rintangan yang terpaksa aku hadapi sebelum menyertai debat ni. Antaranya mencari team, mendapatkan usul yang agak lewat dan akhirnya semua usul itu tidak diguna pakai, dan mencari simpanan. Namun, semua itu berjaya diatasi disaat-saat akhir. ( Tq Farid for being the best reserve at all...)

Bermula pada 7 april, bergandingan dengan team yang belum pernah digandingkan aku melangkah dengan penuh semangat untuk berdebat. Bersama Kak Laila dan Abg Fairuz kami ke SST untuk mendaftar. Setelah itu, kami mendengar taklimat oleh AJK debat yang pada awalnya menerangkan tentang format debat Ala Parlimen disebabkan kebanyakan peserta adalah di kalangan pendebat UMS sendiri. Namun, segala-galanya berubah apabila Dr. Ramzah menukar semula format debat dan segala-galanya berubah daripada format debat Ala Parlimen. Agak "down" sedikit namun demi menggapai mimpi, aku dan team tetap bersemangat. Kami dibahagikan kepada 2 kumpulan. Sebanyak 2 pusingan perlawanan sebelum melangkah ke separuh akhir.

Perlawanan pertama menentang junior-junior dari kg E dengan usul "Wanita adalah pemimpin yang lebih baik" kami selaku pembangkang menang dengan margin 2. Pusingan 2 lebih menarik dengan usul "Sekolah Vernakular merugikan negara". Team kami bertemu dengan team IP. Kami menang dengan margin 11. Akhirnya, melangkah ke separuh akhir menentang team junior idola. Agak tertekan semasa kuarantin sebab usul ekonomi (Ekonomi Dunia semakin kronik). Walaupun dalam keadaan serabut, namun Farid selaku simpanan berjaya mengeluarkan semua ilmu ekonominya yang amat berharga itu. Akhirnya kami berjaya melangkah ke final.

Pagi sebelum final malamnya, aku sempat temankan Abg Fairuz untuk ke kk membeli pakaian baju melayu hitam. Sejenak, aku tidak pernah terfikir akan kembali ke pentas final setelah tahun 2007 dulu semasa debat NC. Pada waktu itu, kami tewas di final. Namun, mungkin kali ini aku dapat menebus kembali. Aku sedar bahawa debat didalam UMS tidak sama seperti debat Intervasityyang pernah aku sertai. Berdebat di UMS ada auranya tersendiri dan kadangkala melibatkan maruah diri sendiri.
Akhirnya, dengan usul "Pemanasan Global lebih politik dari realiti" kami selaku pembangkang berjaya menolak usul dengan juri 3-2 margin 1. Akhirnya kami berjaya memenangi perlawanan dan wang tunai RM 1000. Ini adalah kenangan paling manis sepanjang aku berdebat di UMS. Namun, tahniah jugak kepada team Kak Diera, Laura dan Razzaq. Mereka juga memberi tentangan sengit semasa di final.

Selepas ini, tidak ada lagi debat. Mungkin ini debat terakhir sebelum aku meninggalkan UMS. Terima kasih yang tak terhingga kepada Teammate Abg Fairuz, Kak Laila dan Faridzul. Semoga berjaya dengan cita-cita anda. Tahniah kepada Adam dan penganjur kerana bertungkus-lumus menjayakan DSK 09. Tahniah....

Jumaat, 13 Februari 2009

Lagu Untukmu....


Salam BUat semua...

Ketika diri sedang termenung di meja study sambil mendengar radio, tiba-tiba terdengar lagu yang berkumandang. Aku kira lagu ini agak baru dan tidak pernah kudengar sebelum ini. Lantas apabila mengetahui tajuk lagu dan penyanyi asalnya, jari jemari terus menggapai komputer riba dan terus melakukan explorasi untuk mencarinya di alam maya. Alhamdulillah, akhirnya bertemu jua. Rupanya lagu ini merupakan soundtrack kepada filem yang sedang hangat di Indonesia. Tajuk filem tersebut Wanita Berkalung Sorban. Belum lagi ditayangkan di Malaysia. Dengar-dengar meletop di Indonesia . Disini disertakan lirik dan link untuk anda download dan mendengarnya....



KETIKA CINTA


Ada tiada rasa dalam jiwa
Rindu akan memanggil-Mu
Karna setiap jiwa t’lah bersumpah
Setia hanyalah kepada-Mu

Bila cinta ada di dalam jiwa
Wangi bunga dunia tanpa nestapa
Segala yang dirasa hanyalah Dia
Hati ‘kan memuja hanya pada-Nya

Ketika cinta memanggil
Gemetar tubuhku
Ketika cinta memanggil
Hangatnya nafasku
Ketika cinta memanggil
Menderu sang rindu
Ketika cinta memanggil

Rindu… rindu… rindu kalbu
Memanggil-manggil nama-Mu
Seperti terbang di langit-Mu
Tenggelam di lautan cinta-Mu

Bertabur qalbu yang rindu
Melebur menjadi satu
Bagai menari diiringi pelangi
Ketika cinta memanggil


untuk download klik jer,,, http: Ketika_cinta_Bertasbih