Selasa, 24 Februari 2009

Hanya Kerana Sebuah LOceng...


Hanya Kerana sebuah Loceng..

Malam ahad yang lalu, selesai sahaja berakhirnya Forum diskusi Ilmuan di kolej AB( diri ini menjadi moderator terjun), terus sahaja menuju ke bilik. Waktu itu jam sudah menunjukkan 11.00 malam. Selesai membuat ulangkaji dan persiapan untuk menghadapi presentation pada esoknya, tiba-tiba terdetik untuk menghubungi ABg Cd. "Salam, amak jom qiam d masjid". Dengan sayup-sayup suara Abg Cd menjawab, "Ok, datang kau p bilikku. Ada makanan ni." Sepantas kilat diri ini terus bersiap dan terpacak dibilik itu. Sebelum bergerak ke masjid, Abg Cd sempat mengingatkan para sahabat di bilik sebelah agar turun untuk solat subuh di masjid. Setiba di masjid, suasana agak lengang dan begitu gelap. Biasanya tak lah gelap sangat. Lantas, kami terus memilih saff yang paling belakang untuk merehatkan diri.


Selesai solat subuh, bersama-sama sahabat yang lain membaca Al Mathurat dalam keadaan yang yang penuh dengan kesyahduan. Selepas itu, diri ini dan Abg Cd bergerak untuk balik ke bilik. Semasa dalam perjalanan balik, diri meminta untuk meminjam sesuatu. "Amak, mau pinjam loceng di bilik kau tu. Coursemate mau pinjam untuk presentation. Loceng tu untuk penjaga masa.'' Diri meminta dengan penuh lakonan. "Ok, ada di bilik. Ambik lah.".


Setelah itu, diri balik bilik, dan bersiap awal kerana kami perlu ada di BMU, SSS sebelum jam 9 pagi. Sebaik tiba di SSS, seorang kawan yang juga cousemate menerjah. " Jass, mana loceng?". Aku terkesima. " Ya ALLAH, lupa tertinggal kat bilik". Diri dengan penuh penyesalan. " Kau kena jugak bawak. Kami perlu ni. Nanti macam mana nak bagi tau masa korang present nanti?"..

Diri terus tidak berfikir panjang. Memandangkan kumpulan kami adalah pembentang yang pertama. "Wan, pinjam motor jap. Kena balik ni nak ambik loceng.".. Wan terus memberikan kunci motornya. Dengan pantas diri menunggang motor dan terus memecut laju. Sebaik melalui Anjung Siswa, tiba-tiba motor menjadi tidak seimbang. Motor diberhentikan. Diri memeriksa tayar. Alang kah terkejut beruk diri ini apabila tayar motor pancit................. Dengan tiub motor yang sudah terbonjol keluar dari tayar..... " AH!!!!!!!!!!!! Macam mana ni!!!!!!!!!!!! Presentation jap lagi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Dengan kudrat yang ada, diri terus menolak motor ke tepi dan menguncinya. Malangnya, kredit hp dah abis... Nasib ada seorang insan yang sudi menumpang kan diri ini balik kekampus meninggalkan motor itu. Setiba di bilik, diri terus mengambil loceng itu. Hampir terlupa, sewaktu menolak motor, bahu diri dilanggar oleh kereta kancil... Hanya Allah yang tahu betapa sakitnya. Setelah itu, diri ini terus meluru ke bilik Abg Cd untuk meminjam telefon. Setelah itu, diri ini terus menunggu bas. Didalam bas, diri tidak menyedari bahawa air mata ini mengalir mengenangkan nasib diri pada hari itu. Fokus untuk membentang hampir hilang.


Setiba di SSS, dengan lemah diri menyerahkan loceng itu. Alhamdulillah, presentation belum bermula. Kelegaan terpancar di wajah sahabat-sahabat kumpulan. SelesaI membentang, sesi soal jawab bersama pensyarah. Sekali lagi diri berjaya menjawab dengan baik. Walaupun soalan itu begitu meletop! Selesai itu, diri ke surau untuk menunaikan solat Zohor dan bersyukur diatas ujian NYa yang akhirnya menjanjikan kemanisan yang sukar untuk digambarkan..... Buat Abg Cd, syukran.. Hanya kerana sebuah LOCENG.........

Jumaat, 13 Februari 2009

Lagu Untukmu....


Salam BUat semua...

Ketika diri sedang termenung di meja study sambil mendengar radio, tiba-tiba terdengar lagu yang berkumandang. Aku kira lagu ini agak baru dan tidak pernah kudengar sebelum ini. Lantas apabila mengetahui tajuk lagu dan penyanyi asalnya, jari jemari terus menggapai komputer riba dan terus melakukan explorasi untuk mencarinya di alam maya. Alhamdulillah, akhirnya bertemu jua. Rupanya lagu ini merupakan soundtrack kepada filem yang sedang hangat di Indonesia. Tajuk filem tersebut Wanita Berkalung Sorban. Belum lagi ditayangkan di Malaysia. Dengar-dengar meletop di Indonesia . Disini disertakan lirik dan link untuk anda download dan mendengarnya....



KETIKA CINTA


Ada tiada rasa dalam jiwa
Rindu akan memanggil-Mu
Karna setiap jiwa t’lah bersumpah
Setia hanyalah kepada-Mu

Bila cinta ada di dalam jiwa
Wangi bunga dunia tanpa nestapa
Segala yang dirasa hanyalah Dia
Hati ‘kan memuja hanya pada-Nya

Ketika cinta memanggil
Gemetar tubuhku
Ketika cinta memanggil
Hangatnya nafasku
Ketika cinta memanggil
Menderu sang rindu
Ketika cinta memanggil

Rindu… rindu… rindu kalbu
Memanggil-manggil nama-Mu
Seperti terbang di langit-Mu
Tenggelam di lautan cinta-Mu

Bertabur qalbu yang rindu
Melebur menjadi satu
Bagai menari diiringi pelangi
Ketika cinta memanggil


untuk download klik jer,,, http: Ketika_cinta_Bertasbih

Isnin, 9 Februari 2009

Apa Berlaku Pada 14 Februari?

Pertempuran Bukit Chandu
Pertempuran Bukit Chandu (14 Februari 1942) merupakan salah satu pertempuran hebat yang berlaku dalam sejarah Singapura semasa Perang Dunia Kedua. Pertempuran ini merupakan lanjutan kepada Pertempuran Pasir Panjang yang berlaku sehari sebelumnya. Pertempuran ini dikenang kerana keperiwiraan askar Melayu, yang dipimpin oleh Leftenan Muda Adnan bin Saidi, yang menentang askar Jepun hingga ke penghujung nyawa. Untuk memperingati Pertempuran Bukit Chandu ini, Arkib Negara Singapura telah mendirikan sebuah pusat peringatan yang dikenali sebagai Reflections at Bukit Chandu. Pusat peringatan ini terletak di Kent Ridge. Nadi telah mengunjunginya dan mempelajari tentang detik sejarah yang sungguh menyayat hati.
Bukit Chandu mendapat namanya sempena sebuah kilang memproses candu milik kerajaan British di kaki bukit ini. Sejurus selepas Pertempuran Pasir Panjang, Kompeni "C" dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu telah diarahkan untuk berundur ke kedudukan Pt. 226 di Bukit Chandu dan mempertahankannya. Sekiranya kedudukan ini jatuh ke tangan askar Jepun, mereka akan mempunyai laluan terbuka menuju Jalan Alexandra di mana terdapat depoh Tentera Inggeris, tempat simpanan peluru dan juga Hospital Alexandra Tentera Inggeris. Lt. Adanan telah mengarahkan pasukannya untuk mengepung sekeliling pangkalan mereka dengan kampit-kampit pasir.
Pada ketika itu, Askar Jepun telah menggunakan satu muslihat untuk cuba memperdaya askar-askar Melayu yang bertahan di situ. Mereka menghantar sekumpulan askar mereka yang menyamar sebagai askar Punjabi untuk cuba menghampiri kedudukan yang dipertahankan oleh Askar Melayu . Namun, anggota-anggota Kompeni "C" Askar Melayu itu menyedari muslihat ini apabila mereka melihat askar Jepun yang berpakaian seragam askar Punjabi itu berkawat dalam barisan berempat-empat dan bukannya dalam barisan bertiga-tiga seperti kelaziman pasukan Tentera Inggeris. Mereka dibiarkan hampir ke garisan pertahanan Kompeni "C" Askar Melayu sebelum dihujani peluru daripada mesingan Lewis. Serangan ini mengakibatkan askar Jepun kehilangan banyak jiwa dan ramai anggotanya yang cedera. Mereka yang terselamat telah bergolek dan terpaksa merangkak untuk turun semula ke tempat yang selamat.
Sebagai balasan, Askar Jepun melancarkan serangan habis-habisan ke atas kedudukan Askar Melayu di Bukit Chandu. Walaupun hampir kehabisan peluru dan dengan bilangan anggota yang jauh lebih sedikit berbanding bilangan askar Jepun, Askar Melayu masih terus menentang serangan askar Jepun. Mereka bertempur secara semuka dengan menggunakan bayonet, parang dan tangan untuk menghalang askar Jepun daripada menguasai kedudukan tersebut. Ramai pegawai dan anggota Askar Melayu yang menjadi korban. Lt. Adnan sendiri cedera parah, tetapi masih berdegil tidak mahu berundur dan terus memberikan tentangan hingga menyebabkan kemalangan jiwa yang besar di kalangan askar-askar Jepun. Keberanian beliau dan seruan 'biar putih tulang, jangan putih mata' membakar semangat anak-anak buahnya untuk terus berjuang.
Malangnya, bilangan askar Jepun yang terlalu ramai itu menyebabkan Askar Melayu mengalami kekalahan. Lt. Adnan telah ditangkap dan diheret oleh Askar Jepun yang menuntut bela atas anggota tentara mereka yang gugur di tangan Lt. Adnan dan Askar Melayu. Beliau diikat dan digantung di sebatang pokok lalu dibunuh berkali-kali dengan bayonet. Jenazahnya dilarang diturunkan dari pokok tersebut sebagai memberi ajaran kepada sesiapa yang cuba menentang Askar Jepun yang kemudiannya menjajah Singapura selama tiga tahun.

Khamis, 15 Januari 2009

Debat Institut Kefahaman Islam Malaysia (PART 1)

Salam buat semua,,,

Lagi cerita pasal Debat.. Sekali lagi UMS telah menghantar wakil untuk ke Pertandingan Debat Institut Kefahaman Islam Malaysia yang bertampat di IKIM sendiri pada 12 Januari- 16 Januari. Kali ini diwakili oleh Jass Azliezan (saya sendiri), Mohd Nasir Morni, Noor Nadirah Omar dan Abdul Razzaq Bakri(simpanan).

Penginapan kami kali ini sama seperti tahun lepas iaitu di asrama stadium Tenis jalan Duta di Kompleks Sukan Negara. Banyak pengalaman yang kami kutip sepanjang Debat ini. Namun, sehingga sekarang pertandingan ini belum berakhir kerana perlawanan akhir esok akan memepertemukan UM dan USIM pada perlawanan akhir. Banyak yang ingin dikongsikan kepada pembaca blog.. Tunggu dalam part 2 nanti....

Selasa, 13 Januari 2009

Memori Aku Seorang Pendebat...

Aku ingin berkongsi sesuatu dengan pembaca2 blog ini, mahupun kepada sahabat- sahabat yang mengenali diri ini mengenai satu pengalaman yang cukup berharga yang aku kutip satu persatu semasa menjadi mahasiswa UMS yang aku cintai ini. Tidak dapat aku nafikan bahawa aku berkembang dan matang di Ums ni melalui Debat. Debat? Aku sendiri pada mulanya tidak tahu apakah itu debat. Kalau disekolah dulu, aku hanya pernah mengikuti Pidato, sajak,Pantun dan Forum Remaja.

Namun segalanya telah berubah apabila aku menceburi bidang debat ini. Bermula dengan Debat Piala Naib Canselor(masa tu, aku satu team ngan Qhairul, Kak Laila, dan Abg CD). Aku mewakili kolej AB dan diletakkan dalam kumpulan Senior.(Kadang2 menempel kat Group Junior). Alhamdulillah pada waktu itu, Kolej AB sekali lagi menjuarai Debat Piala Naib Canselor 2006.Masa tu aku hanya sebagai simpanan. Selepas itu, aku mencuba untuk memboloskan diri untuk mewakili Ums keperingkat kebangsaan. Alhamdulillah dengan izinNYA, aku sekali lagi terpilih untuk mewakili Ums ke Pertandingan Debat Diraja yang bertempat di Universiti Malaysia Sarawak pada 26-30 Disember 2006. Aku satu team ngan Kak Laila dan Mastura. Memang satu pengalaman yang manis. Pencapaian team kami agak baik dimana kami menewaskan UM(Muda), UUM (Muda) dan KUKTEM(sekarang dipanggil UMP). Namun takde rezeki untuk ke suku akhir. Paling mengharukan apabila sebanyak 2 buah bas penyokong Ums datang ke Unimas untuk memberi sokongan.
Selepas itu, aku ada menyertai Debat Piala Dekan anjuran PERMASES. Debat Piala Dekan itu berlangsung pada Febuari 2007 semasa aku berada di Sem 2. Debat Piala Dekan ini hanya terbuka kepada mahasiswa SSS yang mewakili program masing2. Aku mewakili program Hubungan Industri dan bergandingan dengan Ayuni, Fazirah dan Taty(simpanan). Alhamdulillah team aku berjaya menjuarai Debat tersebut menewaskan Program Sejarah pada pusingan akhir. Paling manis sekali aku dinobatkan pendebat terbaik dan kami mengekalkan rekod tanpa kalah.

Masuk tahun ke 2 pengajian, aku menyertai Debat Piala Nc kali kedua. Walaupun tewas pada final, namun pengalaman yang sangat berharga aku perolehi bersama TeamMate Kak Laila dan Busyrol. Im so proud of you guys.. Seterusnya pada November 2007, sekali lagi aku terpilih untuk ke Debat Diraja yang dianjurkan di Uitm Shah ALam. Kali ini bergandingan dengan Laura, Jumriati dan Putri sebagai simpanan. Alhamdulillah team kami berjaya break ke suku akhir dan menjadi wakil tunggal UMS. Walaupun tewas di tangan UKM, namun, pengalaman itu aku kutip untuk lebih memperbaiki untuk debat yang akan datang. December 2007 aku sekali lagi mewakili UMS ke Debat Institut Kefahaman Islam Malaysia bertempat di IKIM jalan Duta.Kali ini bergandingan dengan Abg Burhanuddin ( Sifu IKIM), Nasir dan Kak Nadirah. Agak besar amanah itu untuk mempertahankan kejuaraan yang dikecapi oleh senior (Khai, Hani, and Abg Burhan) yang menjuarainya sebelum ini. Namun, rezeki hanya setakat suku akhir apabila tewas ditangan UIAM. Debat IKIM ini agak menarik dan lebih tenang.

Pada Febuari 2008, sekali lagi aku mewakili UMS ke Pertandingan Debat Integriti bertempat di USM Penang. Debat ni paling best sebab kami pergi dengan 2 Team. Team 1 Khai, Kak Laila , Abg Fairuz n Kak Nadirah. Manakala Team 2 membariskan gandingan Aku, Farizah, Mastura dan Razak sebagai simpanan. Alhamdulillah team kami berjaya memenangi 5 daripada 6 perlawanan pusingan awal dan berada ditempat kedua dibawah UM. Sekali lagi tewas pada suku akhir ditangan UNITEN. Namun, gandingan team kami amat baik dan serasi. Paling best dapat berjalan sekitar penang dan ke Kedah dan singgah untuk makan tengahari di rumah Kak Diera. huhu...
Tanggal Mei 2008, semasa cuti semester sekali lagi aku menyertai Debat Perpaduan yang bertempat di UUM Sintok. Kali ini kolaborasi bersama Abg Fairuz dan Kak Nadirah. Kami berjaya ke suku akhir dan menewaskan UTM pada suku akhir dan tewas ditangan UiTM pada separuh akhir. Walaubagaimanapun, inilah pencapaian terbaik aku setakat ini. Walaupun gagal melangkah ke pentas akhir,namun aku berpuashati dengan semangat dan kerja keras yang kami usahakan walaupun ketika itu cuti semester.

Membuka lembaran baru semester pertama berada ditahun akhir, bermula dengan Debat Alam Sekitar 2008 pada Julai tahun lalu yang mana UMS menjadi tuan rumah. Aku tidak menjadi peserta sebaliknya menjadi L.O. kepada pasukan UMS yang membariskan Khai, Abg Bubu dan Abg Fairuz. Namun rezeki tidak menyebelahi UMS apabila tewas disuku akhir kepada UM. (seperti royal 2006, merdeka 2006 dan alam sekitar 2006). Namun pada asasnya, performance mereka tetap baik dan hanya rezeki tidak menyebelahi. Pada Oktober 2008, aku mewakili UMS untuk ke Debat Pengguna bertempat di MMU Melaka. Masih mengekalkan team integriti 2008, Aku, Farizah dan Mastura serta Azlan selaku simpanan. Sememangnya aku mengakui tidak dapat memberi fokus dalam debat ini kerana aku menghadapi masalah peribadi sehingga mengganggu tumpuan terhadap debat tersebut. Hanya memenangi 3 daripada 6 perlawanan pusingan awal iaitu kepada USIM, IPgaya dan IP Sultan Mizan. Kami gagal ke suku akhir. Inilah memori paling pahit sepanjang aku berdebat ditambah dengan masalah peribadi pada waktu itu.

Kini, aku telah berada dihujung pengajian. Tidak ada lagi Debat selepas ini. Namun aku akan merindui saat- saat bersama pasukan UMS yang bersengkang mata latihan dan juga mencari fakta kes.Debat ini yang telah menjadi sahabat baikku di UMS. Buat junoir-junior Debat UMS, teruskan perjuangan. Seperti kata Kak Miza, "Cinta Debat Adalah Cinta Luar Biasa".


Dibawah ini disertakan gambar-gambar kenangan bersama rakan seperjuangan UMS
Debat Pengguna di MMU. OKT 2008

Debat Perpaduan UUM Mei 2008

Debat Integriti USM Februari 2008

Debat Di Raja UNIMAS 2006

My Best Team.........

Rabu, 7 Januari 2009

Air MAta PaLestin


Saban hati mendengar Palestin diserang lagi, melihat penderitaan yang ditanggung anak-anak Palestin, hati terdetik untuk mencoret sesuatu. Hanya doa yang mampu dikirim kan... Sama-samalah kita doakan...



Berzikirlah dengan nama tuhanmu
Bermunajatlah di tengah malam
Bertaubatlah padanya penuh rasa hamba
Agar doa kita dimakbulkan

Agar Palestin kita genggam semula
Agar Palestin bebas di tangan kita
Kembali damai disirami air
Kebenaran Al-Quran dan sunnah

Palestin kan dimiliki lagi
Ingatlah Allah dan hindarkan dosa
Palestin kan aman lagi
Dengan ketaatan dan amalan soleh

Palestine you will regain your land
Remember Allah and stay away from sin
Palestine will be at peace again
And filled with the worship of Allah

Dengan kata dan ketaqwaan
Pada Allah yang maha kuasa
Ketakutan dan kelemahan
Peluru dan dentuman
Bukan lagi penghalang
Pembelaan Allah akan datang

Palestin.. Palestin... Palestin..

http://liriknasyid.com/

Khamis, 1 Januari 2009

Salam Kembali...

Alhamdulillah, tanggal 29 Disember diri selamat tiba di bumi UMS. Banyak yang ingin dikongsi bersama semasa cuti lalu buat para pembaca blog. Namun, bukan sekarang. Tunggu entry akan datang k. Tahun baru 2009 juga baru menjelma. Banyak yang ingin di capai. Tunggu entry akan datang k...