Sabtu, 22 November 2008
Istimewa Buat Teman.
Posted by Az_liey at 6:32 PTG 6 comments
Labels: Jass Cuti
Jumaat, 21 November 2008
Ayat-Ayat Cinta..
Terasa terpanggil untuk mencoretkan sesuatu di blog ini. Biasalah, sekarang ni blog menjadi medium untuk menyuarakan pendapat, mahupun untuk berkongsi atau diskusi.
Cinta memang indah. Seperti filem-filem melayu terkini yang pernah aku tonton. Sepi, Cinta, dan terkini Selamat Pagi Cinta yang baru ditayangkan semalam. Memang cinta itu membawa kita ke satu dimensi perasaan yang sukar untuk digambarkan namun dapat dirasa kepada mereka-mereka yang menjadi pengamal cinta. Oh dunia..
Alhamdulillah, sepanjang diri berusia 22 tahun tidak pernah sekalipun terjebak dalam mainan ini. Bukan apa, sayup-sayup suara ibu terngiang-ngiang berpesan agar sentiasa fokus untuk belajar. Akhirnya diri kini berjaya memasuki menara gading yang diidamkan. Namun, apa yang ingin disampaikan disini bukanlah pasal diri ini, jauh sekali memuji diri. Cuma untuk memberikan pendapat, maklumlah iman didada hanya senipis kulit bawang.
Pernah dulu, aku menghadiri satu forum, diskusi mengenai cinta. Ada seorang hamba ALLAH bertanya kepada salah seorang ahli panel. Adakah istilah CINTA ISLAMIC? Sentap jugak soalan. Jawapan ahli panel tersebut " Sehingga ke akhir zaman, tidak ada cinta sebegini". Bersetuju dengan jawapan panel tersebut. Kononnya cinta islamic ini seperti tidak berjumpa, sms menghantar tazkirah, namun telah mengikat satu perasaan antara satu sama lain bahawa mereka akan berkahwin. Inilah yang diagungkan oleh mereka yang mengamalkan cinta sebegini rupa. Hakikatnya, kita tidak boleh menipu diri sendiri. Kita manusia biasa. Ada hati dan perasaan.Aku yakin dan percaya bahawa, antara mereka pasti gila bayang antara satu sama lain. Biasalah, dah terikat katakan.
Aku pernah mempunyai seorang sahabat yang aku kira lebih baik dariku. Aku mengagumi ilmu agamanya. Namun sayang sekali apabila beliau sendiri terjebak dalam kancah ini. Aku melihat sendiri bermula dari hantar sms, sehinggalah mereka bertemu tanpa perantara. Aku sendiri bingung melihatnya. Bila aku bertanya, jawapannya cukup mudah " Manusia, biasalah iman lemah". Cukup bernas jawapannya. Ada jugak sahabatku yang aku cukup kagumi kerana ilmu agamanya yang tinggi, namun rupanya sedang dibuai cinta bersama seorang muslimah. Malah aku pernah terlihat gambar mereka berdua. Pernah seorang sahabatku mengeluarkan satu kenyataan bahawa perempuan ni, bersikap malu. Namun kalau si lelaki dah mula meluahkan kepadanya, lebih-lebih lagi jika lelaki itu dah lama bertakhta dihatinya, maka bermulalah satu kisah cinta. Namun, aku yakin tidak semua begitu. Ada jugak yang masih kental dengan ujian ini. Tepuk dada tanya iman..
Bagi aku, kita harus ingat bahawa matlamat tak menghalalkan cara. Contohnya memang matlamat ingin berkahwin, namun cara sebelum kahwin itu yang perlu diperhalusi. Kita harus memikirkan soal mendapat keredhaan dan keberkatan Ilahi. Zina hati harus dielakkan. Jauh sekali zina terang-terangan. Biarlah kita mencontohi Rasulullah S.A.W. Semuanya terpulang kepada diri sendiri. Tanya iman kita, jangan tanya selera. Kita mampu mengubahnya. Ramai sahabatku yang gagal dalam pelajaran kerana cinta. Aku menjadi saksinya. Lantas diri menjadikan itu sebagai sempadan untuk meneruskan liku-liku hidup ini. .....
Posted by Az_liey at 7:22 PG 9 comments
Labels: Jass Luahan
Isnin, 17 November 2008
MInyak dan BeRas

PUTRAJAYA: Harga runcit petrol dan diesel turun 15 sen seliter lagi berkuat kuasa hari ini, manakala harga siling beras Super Tempatan (ST) lima peratus serta 10 peratus hancur dikurangkan antara 20 dan 30 sen sekilogram, mulai kelmarin. Penurunan harga bahan api itu adalah yang kelima sejak Ogos lalu, manakala pengurangan harga siling beras pula yang pertama dilakukan sejak harga barangan makanan berkenaan dikawal kerajaan Mei lalu.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata harga petrol RON97 kini RM2 seliter, RON92 pula RM1.90 seliter, manakala diesel RM1.90 seliter. Dalam kenyataannya semalam, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan mengambil keputusan mengurangkan lagi harga runcit petrol dan diesel sejajar dengan penurunan harga minyak dunia yang berterusan. Beliau berkata, kerajaan turut berharap peniaga mengambil langkah untuk terus mengurangkan harga barang supaya rakyat mendapat manfaat sepenuhnya berikutan penurunan terbaru harga bahan api itu.
"Kita juga berharap pengguna akan terus mengamalkan sikap berhemah dalam penggunaan petrol dan diesel walaupun harganya sudah menurun beberapa bulan lalu. Ini selaras dengan hasrat kita memastikan penggunaan tenaga yang efisien," katanya.
Sementara itu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed, dalam kenyataannya mengumumkan harga siling baru beras ST lima peratus diturunkan daripada RM2.80 kepada RM2.60 sekilogram, manakala ST 10 peratus hancur dikurangkan kepada RM2.40 sekilogram berbanding RM2.70 sekilogram sebelum ini. Beliau berkata, penurunan harga itu diwartakan kelmarin dan berdasarkan pemantauan kementerian, pengusaha pasar raya sudah pun menurunkan harga beras berkenaan. Bagaimanapun, katanya, masih ada beberapa kedai runcit yang menjual beras itu pada harga lama.
Beliau memberi amaran tindakan tegas akan diambil mengikut Perintah Beras (Kawalan Gred dan Harga) 1992 terhadap peruncit yang menjual beras berkenaan melebihi harga siling itu. Harga beras ST5 dan ST10 mula dikawal pada Mei lalu berikutan kenaikan harga beras di pasaran dunia. Sebelum itu, kerajaan hanya mengawal harga beras ST15 sejak 1998.
Dipetik dari http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/BeritaUtama/20081117224700/Article/index_html
Posted by Az_liey at 7:01 PTG 2 comments
PeNyeSalaN..
Sejenak selepas solat Maghrib tadi, tiba-tiba diri dihambat satu perasaan. Perasaan yang sukar untuk digambarkan melintasi benak minda yang baru selesai bermunajat. Adakah diri cukup bekalan untuk dibawa ke hari muka... Adakah diri cukup sedia untuk di adili di mahkamah NYa. Setiap kali persoalan bermain di ruang kepala, diri pasti takut untuk menanti saatnya.
Iman yang senipis kulit bawang ini mana mungkin jadi pertaruhan. Permainan dunia terlalu banyak menguasai nafsu dan ditenggelami naluri hati. Tatkala diri bebas dari ujian, disitulah alpa akan tanggungjawab. Bila diri ditimpa ujian, barulah merasa besar kuasaNya.
Bila diimbas, terlalu banyak hati-hati yang disakiti. Terlalu banyak amarah yang dicipta. Namun, ada juga yang manis buat pengganti diri. Agak sukar untuk menilai diri ini. Biarlah baik buruk dinilai dimata dunia. Sukarnya menghadapi semua ini.
Lantas, timbul satu penyesalan. Diri belum bersedia, diri belum cukup bekalan. Andai esok tiba giliran untuk pergi menemuiNya, bagaimana hendak dijawab. Semua komponen diri menjadi saksi. Hanya mampu berdoa agar masih diberikan nafas untuk mengingatiNya, mengkuti suruhanNYa, meninggalkan laranganNYa.....
Posted by Az_liey at 4:21 PG 7 comments
Labels: Jass Luahan
Stand Together
Here we are living in this world
Posted by Az_liey at 3:57 PG 1 comments
Jumaat, 14 November 2008
BeRakHirnya SebuAh Penantian...
Posted by Az_liey at 3:49 PTG 4 comments
Rabu, 12 November 2008
Memori Aku Seorang Pendebat...
Selepas itu, aku ada menyertai Debat Piala Dekan anjuran PERMASES. Debat Piala Dekan itu berlangsung pada Febuari 2007 semasa aku berada di Sem 2. Debat Piala Dekan ini hanya terbuka kepada mahasiswa SSS yang mewakili program masing2. Aku mewakili program Hubungan Industri dan bergandingan dengan Ayuni, Fazirah dan Taty(simpanan). Alhamdulillah team aku berjaya menjuarai Debat tersebut menewaskan Program Sejarah pada pusingan akhir. Paling manis sekali aku dinobatkan pendebat terbaik dan kami mengekalkan rekod tanpa kalah.
Masuk tahun ke 2 pengajian, aku menyertai Debat Piala Nc kali kedua. Walaupun tewas pada final, namun pengalaman yang sangat berharga aku perolehi bersama TeamMate Kak Laila dan Busyrol. Im so proud of you guys.. Seterusnya pada November 2007, sekali lagi aku terpilih untuk ke Debat Diraja yang dianjurkan di Uitm Shah ALam. Kali ini bergandingan dengan Laura, Jumriati dan Putri sebagai simpanan. Alhamdulillah team kami berjaya break ke suku akhir dan menjadi wakil tunggal UMS. Walaupun tewas di tangan UKM, namun, pengalaman itu aku kutip untuk lebih memperbaiki untuk debat yang akan datang. December 2007 aku sekali lagi mewakili UMS ke Debat Institut Kefahaman Islam Malaysia bertempat di IKIM jalan Duta.Kali ini bergandingan dengan Abg Burhanuddin ( Sifu IKIM), Nasir dan Kak Nadirah. Agak besar amanah itu untuk mempertahankan kejuaraan yang dikecapi oleh senior (Khai, Hani, and Abg Burhan) yang menjuarainya sebelum ini. Namun, rezeki hanya setakat suku akhir apabila tewas ditangan UIAM. Debat IKIM ini agak menarik dan lebih tenang.
Pada Febuari 2008, sekali lagi aku mewakili UMS ke Pertandingan Debat Integriti bertempat di USM Penang. Debat ni paling best sebab kami pergi dengan 2 Team. Team 1 Khai, Kak Laila , Abg Fairuz n Kak Nadirah. Manakala Team 2 membariskan gandingan Aku, Farizah, Mastura dan Razak sebagai simpanan. Alhamdulillah team kami berjaya memenangi 5 daripada 6 perlawanan pusingan awal dan berada ditempat kedua dibawah UM. Sekali lagi tewas pada suku akhir ditangan UNITEN. Namun, gandingan team kami amat baik dan serasi. Paling best dapat berjalan sekitar penang dan ke Kedah dan singgah untuk makan tengahari di rumah Kak Diera. huhu...
Tanggal Mei 2008, semasa cuti semester sekali lagi aku menyertai Debat Perpaduan yang bertempat di UUM Sintok. Kali ini kolaborasi bersama Abg Fairuz dan Kak Nadirah. Kami berjaya ke suku akhir dan menewaskan UTM pada suku akhir dan tewas ditangan UiTM pada separuh akhir. Walaubagaimanapun, inilah pencapaian terbaik aku setakat ini. Walaupun gagal melangkah ke pentas akhir,namun aku berpuashati dengan semangat dan kerja keras yang kami usahakan walaupun ketika itu cuti semester.

Debat Perpaduan UUM Mei 2008
Debat Integriti USM Februari 2008
Posted by Az_liey at 7:37 PTG 0 comments
TahNIah BUat Adikku
Tahniah Buat adikku, Jass Azwan kerana baru sahaja menamatkan pengajian kat Institut Kemahiran Belia Negara( IKBN) cawangan Kinarut.. dengan Jurusan Pendawaian Elektrik, hehe bolehlah dia fix apa yang patut kat rumah nanti.. Selamat sambung pengajian semula... ( huhu, dengki sangat ngan dia ni... aku bila lagi nak Konvo...). Anyway, congrats.... Adikku, yang kiri(agak sedikit pendek)ngan kawan die...
Posted by Az_liey at 7:05 PTG 5 comments
Selasa, 11 November 2008
Sahabatku....
www.iLuvislam.com
Sahabat..
Aku mencintaimu kerna Rasulullah memerintahkan aku mencintaimu. Ya,tidak beriman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri.
Sahabatku yang sangat aku cintai..
Sungguh,jalan yang kita lalui ini bukan jalan yang indah dan mudah. Jalan ini matlamatnya cantik dan mengkagumkan.Tapi, sungguh tidak dapat aku janjikan kepadamu jalan ini akan senang kau lalui. Bukankah sejarah membuktikannya, haq yang ingin dibawa tentu sekali akan ditentang.
Sahabat..
Bukankah dalam kita berdiskusi, seringkali kita ingatkan pejuang yang telah lama terkorban dulu? Sheikh Hassan Al Banna,ditembak di pasar. Kerna apa? Kerna dia membawa yang haq! Syed Qutb,nyawanya tercabut menemui Rabb nya di tiang gantung? Kerna apa? Kerna dia membawa yang haq. Sheikh Ahmad Yassin dibunuh dengan misil yahudi laknatullah di hadapan masjid di subuh yang hening. Kerna apa? Kerna dia juga membawa yang haq!
Amanah ini untuk kita,sahabatku.Amanah ini untuk orang seperti kalian. Bukanlah aku ingin menggoyahkan semangat wajamu dan bahkan tidak sesekali. Tetapi sahabat,yang pasti ingin aku ingatkan janji Allah terhadap orang yang menolong agamanya, Allah pasti akan membantu urusannya. Aku ingin ingatkanmu kasih sayangNya dan rahmatNya terhadap hamba yang diredhai Nya. Bukankah senang nanti bila Allah tanyakan kepada kita: Apa yang kau gunakan masa mudamu dan aku dan kau serentak menjawab :Ya Tuhanku, Ya Rabb, masa mudaku dan masa tuaku adalah aku letakkan pada jalanMu. Adalah untuk Kau. Hanya untuk hidup dalam redhaMu walau kami ditekan. Untuk hidup dalam cinta kami kepada Mu.
Sahabat...
Peluru, tali gantung, pedang yang tajam, bahkan tekanan yang kuat dari pengalaman kehidupan sememangnya boleh melemahkan sesiapa sahaja. Tapi bukan engkau. Engkau dibina dengan tarbiyah. Dihiasi keindahan akhlak. Dilahirkan sebagai pendukung agama ini. Biar siapa sahaja pun engkau, biar apa sahaja kata orang,kau terus menguatkan langkah menyusur jalan in. Aku yakin,kerna kau sahabatku.
Sahabatku yang dikasihi..
Tidak dapat aku janjikan kesenangan dan kemewahan mengikut jalan ini. Tidak dapat aku berikan nama dan pangkat. Tapi akan ku tawarkan yang lebih baik dari segala itu. Akan kuberikan doaku semoga kau teguh dalam jalan ini .Akan ku bersama kau melangkah membawa haq dalam jalan ini. Akan aku luka dan berdarah bersama kau. Kerna kita saudara yang saling mencintai kerna Nya.
Sungguh aku bersama mu
Posted by Az_liey at 10:11 PTG 2 comments
Beratnya Sebuah Pertuduhan...
Agak susah untuk menerima satu pertuduhan yang kita sendiri tidak lakukan.
Tidak mudah untuk puaskan hati semua orang ..
Namun, kadangkala agak sukar untuk meleraikan segala pertuduhan itu...
Biarlah Dia yang menilainya,
Dia akan menjadi hakim, kita adalah pelakon,
..........
Biarlah DIA mendengar Rintihan ini...
Posted by Az_liey at 9:57 PTG 3 comments
SaLam Wasilah/....
Assalamualaikum buat semua
Buat sahabat semua, ini adalah blog rasmi saya...
so, blog yang lagi satu saya akan delete...
diharap anda semua boleh beri idea yang boleh meransang minda...
Posted by Az_liey at 12:11 PG 0 comments