Rabu, 21 Oktober 2009

Perjuangan Yang Belum Selesai...


Salam Buat Semua..

Alhamdulillah, selesai sahaja Majlis Graduasi minggu lepas diri ini ditimpa rezeki yang mencurah-curah. Ketika ini diri sibuk menuguruskan beberapa perkara. Sabtu lepas mengajar ko-kum Pidato. Satu pengalaman yang tak dapat dilupakan bersama pelajar-pelajar. Selain itu, diri ini jugak sibuk menguruskan latihan debat bersama pendebat-pendebat UMS untuk ke Royal.

Aku dah beli laptop baru. Hehe. Lepas ni senang lah nak buat kerja-kerja di luar kampus. Aku juga mula sibuk untuk menguruskan hal-hal sebagai "Felo". Jumaat ni, aku akan ke Beaufort untuk program bersama anak-anak yatim. Mesti best giler. Semoga dengan kesibukan aku ni, membuatkan aku lebih dekat kepadaNya..

Sejak kebelakangan ni, aku kerap tidur di masjid. Sedar-tak sedar aku dah sebulan lebih tidur di Masjid. Dah menjadi rutin kebiasaan. Paling penting dapat solat Subuh berjemaah tepat pada waktunya. Kadang-kadang tidur jugak di bilik. Tapi cuma untuk tengahari. Huhu. Malamnya kumpul di Masjid bersama 2 orang kawan yang setia.

Cukuplah setakat nie. Buat Amak, semoga cepat posting. All The Best...

Rabu, 14 Oktober 2009

My Graduation Day...

Salam Buat Semua...
Alhamdulillah, tanggal 12 oktober 2009 diri ini telah selamat bergraduat di UMS. Seawal jam 7 pagi, kami diarahkan berkumpul di laman graduan Dewan Canselor untuk perarakan graduan. Agak sebak semasa memasuki dewan Canselor yang gah itu kerana selama 3 tahun menuntut ilmu, akhirnya diri ini berjaya mendapat Ijazah Sarjana Muda... Jutaan terima kasih buat pihak UMS, pensyarah-pensyarah yang dikasihi, kawan-kawan dan keluarga tersayang.. Thank u ALLAH....
Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian. Gambar kat atas ni diambil sebaik sahaja perarakan keluar graduan dari Dewan Canselor. Panas terik...
This is my beloved parent. My ayahanda Jasili Samat dan my Bonda Malinah Saidi. Terima kasih Abah dan Mak. Doakan kejayaan anakmu ini. Sayang Abah dan Mak.. MMUahhhhh... Air mata ini gugur ketika dipeluk erat oleh mak selesai majlis. Isk.. Isk...
Ni pulak 2 orang my little sister yang datang jugak untuk my graduation day. Kiri tu baru form 2 yang kanan form 6. Tq adik dan Idah.. Ikut jejak abg mu ni. Sayang kamu...
Ni plak gambar with my coursemate kat laman graduan sebelum masuk dewan. I will Miss all of you guys....
Gambar ni plak kat luar Dewan Canselor lepas selesai Majlis konvo. Panas sangat- sangat.. Apapun, happy giler...
Ni my coursemate. Namanya Wan. Dia stay bilik aku masa konvo. Tahniah kat ko Wan...
Ni pun coursemate aku, Azan. Dia pun stay kat bilik aku gak masa konvo. Skg dah kerja kat Labuan... Miss u...

Bergambar with my junior. Dari kiri Medi, Mel , me dan Adam. Tq Guys. Tq with that Flower and The Cuteness Spongebob. Hehe...Good luck utk korang....
Another pic with my junoir. Dari kiri me, Juden, Fendy adn Faizal A.k.a Jai Ho. Terima kasih ngan bunga tu. Cantik sangat-sangat...Study elok-elok k...
Aha.. Ni junior aku gak. Tak sempat nak pakai topi. dari kiri Fitri, me and Fazli. Ni kat library. Dorang rush nak g kelas. Tq Guys. Dapat bunga lagi...
Ini dia.. My Amak.. ( Mursidi). Dia gred petang tu jugak. Sorry amak, tak sempat pakai baju konvo.. Huhu.. Tahniah amak. Jadilah pendidik yang cemerlang..... Nantikan kemunculanku...
Ha.. Ini Kasman. Satu sekolah ngan aku. Tahniah gak....
Last picture... Bersama sahabat-sahabat seperjuangan . Yang belum gred, teruskan perjuangan. Tesis jgn sangkut. Hehehe.. Abg Bubu tq sebab sanggup datang.. Hm... Itu sahaja post untuk kali ni. Buat semua sahabat yang dah Konvo, selamat menempuhi alam pekerjaan selepas ini. Buat diri ini, semoga lebih berjaya sleepas ini dan mendapat keberkatan NYa. Yeah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Sabtu, 3 Oktober 2009

Debaran.. Kehadiranmu dinanti, pemergianmu beerti...



Salam Buat Semua..

Alhamdulillah, akhirnya penantian selama 3 tahun berperah keringat, menjunjung gelaran mahasiswa, akhirnya hari yang dinanti telah pun tiba. Amat bersyukur kepada yang maha Esa kerana diri ini mampu untuk menggenggam Ijazah Sarjana Muda (Sains Sosial). Walaupun tidak mendapat 1st class tetapi ianya amat bermakna buat diri ini tatkala masih ada dikalangan sahabat seperjuangan yang masih meneruskan pengajian disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan. Good Luck Guys..

Sekalung apresisasi penghargaan buat rakan seperjuangan yang akan bergraduat bersama-sama nanti. Buat Amak, Tahniah juga. Selamat bertemu di hari Konvokesyen nanti.. Buat Hilal, Afiq, Pijol, Azri dan rakan-rakan yang lain juga, selamat bergraduat... Tak sabat jumpa kamu semua.

Diri ini akan menghadiri sidang konvo yang ketiga pada 12 Oktober di waktu sidang pagi untuk semua pelajar Sains Sosial. 5 oktober pula bermula sesi pengambilan jubah. 8 oktober sesi taklimat dan raptai. huhu... Tak sabar rasanya..

Hampir terlupa, Alhamdulillah diri ini telah diterima menjadi Felo. huhu.. Selepas ini pasti sibuk dengan program kolej. But this is what i want.. hehe... Untuk entry yang akan datang, diri ini akan upload gambar2 konvo bersama kawan-kawan.. Tunggu... Tahniah buat sahabat semua.. Selamat bertemu di hari Konvokesyen... Yeah!!!!!!!!!!!!!!!


Sabtu, 19 September 2009

Salam Aidilifitri... Pantun Lawak

Pantun Lawak Hari Raya dan Pantun Aidilfitri


Lapar puasa terketar-ketar
Bila berbuka lega rasanya
Kad raya tak sempat nak hantar
Kiriman MMS pun dah kira grand lah ye..!

Anak Dolah makan lepat
Makan lepat sambil melompat
Nak hantar kad raya dah tak sempat
Pakai MMS pun kira ok what?

Lemah lembut tuan puteri
Berkain cindai cantik dipandang
Meriah menyambut Aidilfitri
Sahabat handai datang bertandang

Udara dingin hening pagi
Tabuh bising mulakan hari
Aidilfitri menjelma lagi
Masing-masing pakai berseri

Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba shaya
Sama-sama menyambut raya
Maaf-maafan dihari bahagia

Aidilfitri hari kemenangan
Kejayaan menempuh halangan
Mengenali erti kesenangan
Bagi mereka yang kekurangan

Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakrapan

Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah

Saidina Affan menyusun kata
Tutur peri yang aulia
Maaf-bermaafan sesama kita
Di Aidilfitri yang mulia

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

Rabu, 2 September 2009

KhaFie Dan Zara Suriana

Salam Buat Semua...
Tepat jam 2 petang, aku dan 2 orang juniorku ke terminal 2 (Air Asia) untuk menyambut kepulangan sahabat lamaku (agak lama sebab kami satu sekolah dan satu asrama dulu)yang pulang ke bumi sabah bersama adiknya yang terpilih untuk rancangan realiti TV pencarian pelakon baru oleh Rosyam Nor. Mohd Saqafi atau nama komersilnya " Khafie" bersama adiknya Bibi Norsarah atau "Zara Suriana". Walaupun tidak berjaya ke pentas perdana, namun semangat juang mereka untuk terus survivor dalam program tersebut amat baik. Tahniah Khafie A.k.A "POH". Semoga cita-cita yang kau impikan ini membawa sinar buatmu kelak.
Kepada yang masih belum mengetahui tentang rancangan realiti yang di maksudkan, boleh klik sini. Gambar kat bawah ni gambar selepas 5 minit tiba di balai ketibaan. Terima kasih kepada Ayie kerana sudi menjadi driver petang itu dan Juden selaku pengiring. Thanx guys...
Oh ya, tiba fasa kedua Ramadhan kali ni aku ingin memohon sejuta kemaafan kepada seluruh sahabat-sahabat jika aku pernah terkasar bahasa , perlakuan dan sebagainya. 0-0 yea...
Buat amak, Salam Apresiasi Ramadhan.....

"Zara, Me and Khafie"

Isnin, 31 Ogos 2009

Bangga Jadi Orang DUSUN.........


Salam buat semua... Aku tertarik dengan satu sajak mengenai orang Dusun. Beside, i'm Dusun bah.. Proud with my race as well. Sajak ini saya kongsikan dengan anda semua...

malu mengaku dusun?
itu org mau kena jentik dia punya telinga..
dusun - kaum bertamadun..
memelihara budaya..
dan tahu asal-usul..

malu pasal dusun tinggal atas bukit?
celebrity di US bangga tinggal atas bukit..
orang kaya suka tinggal atas bukit..
walaupun rumah org dusun atas bukit..
bukan berharga 6juta mcm jiran sebelah..
tapi rumah org dusun dibina bukan dari $ kotor..
hj jamli dulu minta sedekah dari org dusun..
skg anak dia datuk hj musbah tindas dusun..
buat rumah 6juta dari duit busuk..

sedarlah..
org lain dengki org dusun..
org dusun harap anak dusun berilmu..
balik kg dan bela nasib org dusun..
bukan melalak dalam SF menghina org dusun..
itu namanya menghina diri sendiri..
lebih memalukan..

kadazan?
tinggal satu mimpi indah..
rethorik lapuk org politik..
semangat dibunuh USNO..
semangat dibunuh org dusun sendiri..

panggil lah apa saja..
kadazan dusun murut kadus kdm..
silapnya tak menyeluruh..
silapnya sama berunai kedayan bisaya tidak disenarai sama..
kalau tidak..
kadazan memang unggul diseantero..

jadilah diri sendiri..
berdiri teguh berlatarbelakangkan kepelbagaian..
berdiri teguh membina satu bangsa..
sabah.

Khamis, 27 Ogos 2009

Update Ku Yang TERkini,.,,,,


Salam Buat Semua....
Agak lama diri ini tidak meng"update"kan blog nie.. Sangat Bersawang.. Dah 2 bulan rasanya. Banyak yang ingin diceritakan kepada sahabat-sahabat yang setia melayari blog ini. Syukran jazilan buat semua. Sebenarnya, diri agak sibuk kebelakangan ini. Banyak hal-hal dunia yang perlu dibereskan. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.


Untuk pengetahuan semua, pada penghujung Jun lalu, diri ini telah mewakili UMS untuk pertandingan Debat IPT Sabah di Masterskill College, Inanam. Alhamdulillah, kami telah berjaya merampas semula kejuaraan apabila bertemu Uitm KK di peringkat final. Tahniah juga buat Team Mate ku Abg Fairuz, Razzaq, Nawi dan Bayu.. Thanks A lot guys...


Tanggal 10 Julai yang lalu juga, diri ini telah berjaya melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana (Master)di Ums dalam Penyelidikan Sains Sosial. (Terima Kasih Buat En Fazli dan Puan Salmie kerana sudi menjadi penyelia ku untuk Master kali ini) huhu.. Pada 13-17 Julai 2009 diri ini menghadiri kursus metodologi untuk pelajar Pascasiswazah. Malangnya, hari kedua kursus diri ini telah diserang demam sehingga mencecah 39 darjah... Sangat menggigakkan.. Setelah itu, aku telah di hantar ke Queen Elizabeth Hospital untuk diperiksa. Thanx buat Adik Mieroll sebab sudi untuk menjemput diri ini dengan motor pinjam.. hehe..


Tanggal 9-13 ogos yang lalu, seperti biasa Kolej AB menganjurkan pertandingan Debat Piala Naib Canselor kali ke 9. Diri ini menjadi hakim. Alhamdulillah, Delegasi Kolej AB, berjaya merangkul semula kejuaraan buat kali ke 7 tahun berturut-turut untuk kategori utama. Untuk Kategori Junior pula, sekali lagi kolej AB merangkul kejayaan berganda. Thank u ALLAH. Usaha selama ini berbaloi. Tahniah Buat Asraf, Malik, Shafiq dan Maiza untuk kemenangan itu. Tidak lupa buat team senior 2 Mesq, Amor, Hadi dan Fendy. U guys did it well. Apresiasi buat Aliff, Fazli, Marianne dan Opu untuk kemenangan kategori junior.Tidak lupa buat Juden, Aida, Faizal A.k,a Jai Ho dan Ayie.. Luv u Guys....


huhu.. Tanggal 18 Ogos pula diri ni ke temuduga untuk Felo. Sangat gigak.. Buat sahabat-sahabat, doakan diri ini... Hm.. Rasanya cukupla buat update kali ini.. BUat Amak, aku rindu dengan kenangan lalu,.... Miss u Amak...\
Salam Ramadhan untuk semua...
"Hadapi dengan Senyuman.... "

Ahad, 28 Jun 2009

MIKHAIL...

Berakhirnya fenomena JACKO


Michael Jackson


DIA dilihat aneh dan penuh misteri. Tapi dia juga mencipta hits, punya persona, gaya dan ego, juga bakat yang besar, digelar ikonik muzik dan disanjung sebagai Raja Pop Dunia.

Kini semua pemujaan itu berkubur bersama-samanya. Membawa sekali kehidupan suka duka dan pahit manis yang dilaluinya selama hampir 51 tahun dia menghuni dunia ini.

Michael Joseph Jackson yang awalnya mula dikenali bersama empat saudaranya - The Jackson 5- nyata mencipta legasinya dengan penuh kemasyhuran, juga kehancuran.

Kematian mengejut pada petang Khamis (pagi Jumaat waktu tempatan) lalu akibat kegagalan fungsi jantung membawa sekali gemilang dan tragedi diri yang berpanjangan; yang pelik lagi aneh, yang adakalanya melucukan daripada kemilau kemuncak jaya seorang penyanyi yang dikecapi sejak tahun 80-an.

Penghibur legenda itu menyatukan muzik hitam-putih yang merobohkan tembok kaum di MTV serta mendominasi papan carta lagu serta hadir di pentas dengan gaya persembahan mengagumkan.

Memang siapa yang tidak mengenali si Wacko Jacko, nama jolokan yang sepelik dan seaneh wajah buatannya.

Namun muziknya mencipta fenomena. Album Thriller (1982) yang mengandungi lagu hits blockbuster - Beat It, Billie Jean dan Thriller - nyata mencipta satu kejayaan terunggul buat dirinya selepas era Jackson 5.

Terjual lebih 109 juta unit di seluruh dunia, menjadikan album terbitan Quincy Jones itu sebagai album yang mendapat penjualan paling banyak dunia dan merangkul kedudukan tertinggi papan carta lagu selain Beat It dan Billie Jean meraih lapan anugerah Grammy, sesuatu yang tidak pernah terjadi sebelum itu, di samping banyak anugerah lain.

Namun segala titik peluh dan kehebatan seorang revolusioner muzik semakin terhakis dan kemudiannya lebur akibat perlakuan pelik dan aneh yang diciptanya sendiri.

Neverland Ranch, biarpun bukan lagi menjadi miliknya, kediaman dan taman tema yang diagung-agungkan yang sering menjadi tempat berkumpul Jackson bersama kanak-kanak itu sebenarnya hampir meranapkan kerjaya seninya.

Semuanya gara-gara pertuduhan salah laku kepada insan-insan kecil yang disayanginya dan yang menyanjungi dirinya.

Kes itu juga menyemarakkan khabar angin tentang kesukaan dirinya terhadap budak-budak muda. Kerjaya dan imejnya tercalar dan dalam masa yang sama menghadapi masalah kewangan yang amat serius.

Pun begitu dibebaskan atas 10 pertuduhan melibatkan pencabulan ke atas seorang kanak-kanak lelaki tiga tahun lalu menyuntik semangat baru kepada dirinya.

Berjuta-juta peminat Raja Pop itu di seluruh dunia menantikan konsertnya malah selepas memenangi pertikaian di mahkamah itu, dilaporkan jualan album Jackson meningkat 40 peratus.

Pada saat dia mula bangun dan namanya kembali meniti di bibir masyarakat dunia, dengan jualan tiket-tiket konsert yang laku bak pisang goreng panas, Raja Pop itu tiba-tiba meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya.

Malah pada saat kematiannya di kediaman sewanya di Bel-Air, Los Angeles (L.A) itu, Jackson sedang giat membuat persediaan untuk sebuah kemunculan semula - dia dijadualkan muncul mengadakan 50 persembahan, sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini, di London dengan kemunculan sulung pada 13 Julai depan.

Dan dikhabarkan latihan itu adalah bagi merealisasikan impian untuk sebuah lagi konsert ekstravaganza yang bakal mengimbau semula keajaiban seorang Michael Jackson!

Kejutan dan misteri

Sehingga berita ini ditulis, belum ada pengesahan terhadap punca sebenar kematian namun ia cukup mengejutkan dunia.

Para peminat fanatik meratapi kematiannya, berkunjung ke kediaman keluarga yang sudah lama ditinggalkan di Gary, Indiana, juga memenuhi perkarangan Pusat Perubatan UCLA, semuanya semata-mata memberi penghormatan terakhir buat Jackson.

Biarpun dikatakan berpunca daripada kegagalan fungsi jantung, kematian itu turut mengundang sebuah misteri.

Biarpun ikon pop itu dilaporkan tidak sedarkan diri dan tidak bernafas, para paramedik cuba menyelamatnya dan bergegas membawanya ke hospital yang jauhnya ‘hanya enam minit memandu’ sebelum disahkan mati.

Kematian Jackson akibat kegagalan fungsi jantung merupakan sesuatu yang tidak dijangkakan kerana ia menyerang tanpa amaran.

Fungsi jantung yang berhenti tiba-tiba boleh disebabkan oleh serangan jantung atau masalah berkaitan jantung yang lain.

Pada sepanjang kariernya di puncak, keadaan kesihatan Jackson sebenarnya turut menjadi bualan sehangat lagu-lagu hitsnya.

Kematian yang tidak disangka pada usianya 50 tahun itu turut mengungkap kembali sejarah-sejarah masalah kesihatan yang dihadapi Jackson.

Ini termasuk pembedahan plastik, dimasukkan ke hospital secara misteri dan laporan pengambilan pelbagai pil.

Awal 90-an, pakar kulit Jackson mendedahkan bahawa penyanyi itu menghadapi masalah kulit yang dikenali sebagai vitiligo yang membuatkan kulitnya bertompok putih.

Raja Pop Dunia itu juga dilaporkan ketagihan ubat penahan sakit yang mula diambilnya selepas kulit kepalanya terbakar ketika menjayakan iklan komersil, Pepsi pada 1984.

Malah ketika menghadapi perbicaraan kes pencabulan pada 2005, Jackson beberapa kali dimasukkan ke hospital.

Tahun lepas, seorang penulis biografi mendakwa artis legenda itu menderita sejenis penyakit pernafasan yang jarang ditemui dan memerlukan transplan paru-paru namun pegawai serantanya menafikan.

Bualan mengenai keadaan kesihatan Jackson juga hangat diperkatakan semula beberapa bulan lalu apabila wakilnya menangguhkan beberapa siri lawatan ke London dengan alasan penyanyi itu perlu melakukan latihan bagi siri konsertnya di situ.

Pun begitu, pengetua Centerstaging, tempat Jackson melakukan latihan, Johnny Caswell memberitahu artis itu kelihatan sangat lemah ketika mengadakan latihan tetapi amat keras bekerja.

Bekas pegawai serantanya, Michael Levine pernah memberitahu bahawa tekanan emosi, fizikal, undang-undang, kewangan dan kecelaruan kerohanian sentiasa menyelubungi kehidupan Jackson.

“Ia umpama toksid,” kata Levine.

Namun bagi Quincy Jones yang melonjakkan nama Jackson menerusi Thriller, ”Saya tidak mampu berkata. Dia seorang penghibur yang handal dan legasinya akan diingati. Saya kehilangan adik hari ini dan separuh nyawa saya pergi bersamanya.”

Islamkah Michael?

Terkenal dengan gerak tari, juga kaca mata aviator dengan sarung tangan sekuin dan jaket ala-tentera serta seluar ketatnya, Jackson merupakan penghibur paling mengujakan bagi generasinya.

Biar banyak kisah-kisah negatif yang melingkari kehidupannya namun status dirinya sebagai seorang Muslim menjadi antara pertanyaan ramai peminatnya.

Sementelah sebelum ini Jackson pernah dilapor sudah memeluk Islam dan menukar namanya kepada Mikaeel yang bermaksud ‘rezeki”.

Jackson dilaporkan oleh akhbar The Sun pada tahun lepas telah mengadakan majlis memeluk Islam di rumah seorang rakannya yang juga penggubah muzik untuk album Thriller, Steve Porcaro di Los Angeles.

Turut hadir pada majlis itu ialah penyanyi Yusuf Islam, pencipta lagu David Wharnsby dan penerbit album Philip Bubal.

Biarpun status agamanya itu masih tidak diketahui namun abangnya, Jermaine memberitahu yang adiknya itu memang telah menunjukkan kecenderungan terhadap agama suci itu sejak awal 90-an lagi.

Jackson mula tertarik dengan ajaran agama suci ini apabila Jermaine memeluk Islam pada 1989 menggunakan nama Muhammad Abdul Aziz.

“Saya menghadiahkan banyak buku tentang keindahan Islam kepadanya selepas saya kembali dari menunaikan haji.

“Beliau banyak bertanya tentang Islam dan saya menceritakan keindahan dan ketenangan yang saya lalui selepas bergelar penganut agama ini kepadanya,” kata Jermaine yang dipetik oleh akhbar Daily Telegraph tahun lepas.

Jumaat, 5 Jun 2009

Salah Faham Terhadap Islam Salah Faham Terhadap Islam asepsetia

Selasa, 26 Mei 2009

Cuti Yang MeMenaTkan...

Salam Buat Semua...


Agak lama rasanya blog ini sepi tanpa berita. Sebenarnya diri ini terlalu sibuk menguruskan beberapa perkara penting sebelum meninggalkan UMS buat seketika. Ada beberapa ucapan yang ingin disampaikan buat sahabat-sahabat pengunjung blog. Pertama, buat sahabat-sahabat seperjuangan, Selamat Bercuti. Just enjoy there.. Buat sahabat - sahabat yang sedang praktikal, teruskan bekerja. Buat IBu-IBU di Malaysia, Happy Belated Mothers Day. Buat Ibuku yang tersayang, I love u mom... Rasanya dah cover semua ni.....
Sepanjang cuti ini, aku masih lagi berada di UMS. Jun nanti barulah segalanya selesai. Untuk pengetahuan sahabat-sahabat maya, aku ingin nyatakan beberapa aktiviti yang diisi selama cuti ini.
Before that, ni aku perkenalkan sahabat baik aku yang masih study di Universiti Malaysia Pahang. Namanya Firdaus. hehe.. Kenal ngan dia ni masa royal UiTM... Kalau g Debat, mesti conform jumpa dia ni. Anyway, dia ni cool jer.. Selalu menjadi mangsa aku kalau berkunjung ke semenanjung. Bukan apa,mangsa belikan keropok ikan... Bro, good luck for your study....

15- 19 Mei- Aku telah terbang ke Johor (UTM) untuk Tournament Debate Integrity. Tak ada apa yang boleh dibanggakan. Team aku menang 3, aku dapat 2 kali best speaker. Yang bestnya dapat kalahkan team UIAM masa first match.. Huhu.. Sentap gak...


21 Mei- Submit Thesis . Agak sangat kelam kabut memandangkan aku sempat bersiar-siar di Johor sedangkan thesis lum settle. Tapi Alhamdulillah.. Semua dah settle..


22 Mei - Submit Master Form. Hari yang amat memenatkan. Bermula awal pagi berjumpa Penyelia, terus ke Bendahari, ke Sekolah dan sebagainya. Namun, tepat jam 2.30 petang semuanya berjaya dilunaskan. (Thank you ALLAH). Insya ALLAH Julai ni akan mendaftar sebagai pelajar pasca siswazah..


22-24 Mei - Aku sempat lagi join program "Selangkah ke Menara Gading" anjuran MPP UMS. Program ni merupakan acara tahunan setiap kali cuti semester panjang. Sekolah-sekolah di seluruh Sabah akan datang dan menginap di UMS 3 hari 2 malam. Best sangat melihat adik-adik yang datang... SEMEGA ini berlangsung selama 4 siri dan berakhir pada 14 jun..


28 Mei- Thesis Correction


29-31 Mei- SEMEGA SIRI 2


1-3 JUN- Aku akan mengikuti program Kem Remaja Islam (KRIS) sebagai AJK yang akan diadakan di SMK TEBOBON. Ini merupakan program tahunan juga sepanjang cuti semester.


5-7 JUN - SEMEGA SIRI 3.


8 JUN- Aku akan ke Lahad Datu. Mengunjungi AMAK...


11-14 JUN- Aku akan ke SMK SEPAGAYA , Lahad Datu untuk program KEM REMAJA ISLAM (KRIS SIRI 4)


15 JUn- Aku balik semula ke UMS....


17-18 Jun - "Anti Dadah Tournament Debate"..


Ha.. itu semua antara jadula aku sepanjang cuti semester ini.Padat giler.,, Anyway, semoga apa yang dirancang ini berjalan dengan izinNYA...

Buat Amak, selamat bercuti...

All The Best,,,,

Ahad, 26 April 2009

ApreSiaSi BUat TeMan-Teman


Salam Buat Semua..




Apresiasi kali ini tidak ada apa-apa yang menarik. Cuma, aku ingin merakamkan jutaan "Syukran Jazilan" buat sahabat-sahabat pautan maya yang sentiasa ada masa untuk menjenguk-jenguk blog yang tidak seberapa ini. Memandangkan aku di UMS ini hanya tinggal 3 minggu sahaja lagi sebelum datang semula sebagai pelajar Master. (Insya ALLAH....)


Untuk entry kali ini, aku ingin memberi ucapan apresiasi buat sahabat-sahabat paulan blog ini. Walaupun ada yang masih belum sempat untuk aku kenal rapat, namun biarlah masa yang menentukan nanti. Tidak disini, mungkin di syurga firdausi yang kekal abadi.


Buat Adik Khairul Azam, terima kasih diatas segala budi baikmu semasa diri ini menziarahi dirimu di Shah Alam dulu. Semoga dirimu mencapai apa yang diimpikan dan doaku semoga kita dapat berjumpa lagi jika diizinNya.


Buat Abg Cd terima kasih kerana sentiasa menjadi pendengar yang baik, banyak mengajar tentang erti kehidupan di kampus disamping membuka mata ini dengan perjuangan yang belum selesai. Amak, semoga kau berjaya menjadi guru yang sentiasa ingin pelajarnya berusaha gigih ibarat menggapai laskar pelangi. Segala jasamu tidak mampu untuk dibalas. All THe Best amak...


Buat Kasman , aku masih terbayang saat menziarahimu yang kemalangan dulu. Terasa insaf apabila kegembiraan dan kesenangan yang kita ada sekarang bila-bila sahaja akan ditarik olehNYA. Namun, Kasman terima kasih diatas persahabatan ini. Semoga kau juga mampu untuk menggapai cita-citamu. Selamat berjuang


Buat Samizul , walaupun kita tidak akrab sangat namun terima kasih kerana sudi untuk menjenguk aku di alam maya ini. Sangat seronok bila kita berprogram semasa menjadi jakmas dulu. Sekarang dah jadi mantan. All the best jugak untuk ko...


Buat Pijol, yang merangkap saudara kembarku selamat berpraktikal di Tawau. Kenangan MSM dulu tidak akan ku lupa. Best gak jadi kembar olok-olok nie. Anyway, good luck in whatever you do k.. Thanks for being a good neighbour.


Buat Man A.K.A Pulau , terima kasih diatas segala emel-emel nasihat dan tidak jemu untuk sentiasa mengingatkan diri ini. Jadilah ahli biotek yang berguna untuk agama dan negara. Update lah blog tu selalu...


Buat Azri Salman , classmateku yang best. Nanti kita g tengok wayang lagi k. Ko belanja plak. Teriam kasih sebab selalu tumpangkan aku naik motor ko. Tesis siapkan cepat k.. Ada rezeki, sambunglah Master bro.. All the best gak..


Buat Fahmi , tauke top up. Terima kasih diatas segala kunjungan di blog ini. Selamat menjalani praktikal gak. Nanti ajar aku plak jadi tauke top up.


Buat Fadlan , tabahkan hatimu dengan segala dugaan yang datang. Terima kasih sebab pernah membantu aku untuk drive kereta di tengah-tengah subuh yang lalu. Teruskan perjuangan dan jihad akademik k. Biar result meletop...


Buat Azizul (Mantan YDP), tahniah kerana mendapat anugerah HEP. You deserve it. Semoga kau berjaya dalam apa yang kau lakukan. Best sangat kenal dengan ko. All the best k.


Buat Nasir , teruskan perjuangan kita dalam IKIM. Kali ni biarlah kamu cipta sejarah. Terima kasih diatas segala nasihat yang pernah dicurahkan. Baik-baik jak ko.. (^_^)


Buat Abg Ucop, terima kasih kerana menjayakan DIMAN @ AB. Semoga cepat dapat Master. Ingat lagi tak dengan chocolate? Hehe..


Buat Afiq YDP, teruskan memimpin kolej CD. Jadilah pemimpin yang boleh melahirkan pemimpin. Ada masa, ziarahlah di teratak usang ku ini..


Buat Ilham , jaga kesihatan. Jangan sampai memudaratkan diri. Sem depan kita jumpa lagi.


Buat Burhan, my baby buu.. Huhu. Teruskan berkarya. Kenangan lalu tak akan ku lupakan. Best lah kenal dengan ko.Banyak benda yang aku belajar dengan ko. Semoga kau perolehi apa yang kau impikan. All the best k..


Buat Syabri , EKSAH MPP. Teruskan perjuangan hakiki. Biar dugaan menimpa, harap kau tabah menghadapinya. ISEUMS untuk semua... Salam kenangan FKI 08/09.


Buat Firdaus Shbt KAL, salam segala salam. Sampaikan salam buat sahabt-sahabat KAL.


Buat Jundullah , teruskan berkarya untuk menyampaikan dakwah. Islam untuk semua.


Buat Afiq Q-Riuz, teruskan berkarya. Karya-karyamu sememangnya menarik. Diantara semua bloggers dalam pautanku, aku memberimu Bloggers terbaik. All the best for you.


Buat Adam Q, terima kasih atas segalanya. Ampun dan maaf seandainya aku selalu menyakiti dan menyinggung perasaanmu. Jutaan apresiasi kerana setia menemani diri ini menghabiskan sisa-sisa hidup di UMS. Teruskan berjuang. Jangan pilih jalan hitam. (Jumby wants to be born now...)


Buat Hidayat, kenangan di jalan Duta tak mungkin dilupakan. Terima kasih kerana sanggup menziarahi. Selamat bercuti di bumi sabah walaupun seketika. Tahniah kerana berjaya menyambung Master. All the best Dayat...


Buat Hilal, best ar kenal ngan ko ni. Banyak kelucuan yang boleh tercipta bila kita berjumpa. Apapun, semoga kau berjaya mencapai cita-cita kau. All the best..


Buat Azizul Julirin , saudara sebangsaku. Tanak waguh macam kita ni, sememangnya menghargai persahabatan. Kopisanangan asaru. Jumadi tauke sadak gisom akaya kio...(Bahasa ibunda). All the best dik..


Buat Azri / Jeghi, selamat menjalankan praktikal. Teringat zaman-zaman kita berkhidmat dulu.


Buat Busyrol, blog yang dah 3 bulan tak update. Apapun, thanks kerana banyak membantu.


Buat Nadir, aku mengagumi tatkala kau pernah menjadi cemuhan orang semasa menjadi EKSAH dulu. Segalanya kau hadapi dengan senyuman. Teringat saat mula-mula kenal dulu. Tiap kali menziarahi blogmu, sedih dan hiba menyelubungi diri ini. Teruskan berbakti kepada anak-anak bumi Sabah yang memerlukanmu. Aku hanya mampu berdoa agar usaha murnimu sentiasa mendapat keredhaanNYA.


Buat diri ini, tidak ada apa yang perlu dikatakan lagi. Doakan aku berjaya mencapai cita-citaku di mercu... Wassalam....






Khamis, 16 April 2009

Debat Sembang Kopi: Lebih Realiti dari Mimpi


Salam Buat Semua..




Alhamdulillah, pada 7-10 April yang lalu MPP UMS 08/09 ( Tahniah Adam..) telah menganjurkan pertandingan Debat Sembang Kopi yang agak unik dari debat yang aku pernah sertai sebelum ini. Ia lebih santai dan bersahaja. Agak banyak jugak rintangan yang terpaksa aku hadapi sebelum menyertai debat ni. Antaranya mencari team, mendapatkan usul yang agak lewat dan akhirnya semua usul itu tidak diguna pakai, dan mencari simpanan. Namun, semua itu berjaya diatasi disaat-saat akhir. ( Tq Farid for being the best reserve at all...)

Bermula pada 7 april, bergandingan dengan team yang belum pernah digandingkan aku melangkah dengan penuh semangat untuk berdebat. Bersama Kak Laila dan Abg Fairuz kami ke SST untuk mendaftar. Setelah itu, kami mendengar taklimat oleh AJK debat yang pada awalnya menerangkan tentang format debat Ala Parlimen disebabkan kebanyakan peserta adalah di kalangan pendebat UMS sendiri. Namun, segala-galanya berubah apabila Dr. Ramzah menukar semula format debat dan segala-galanya berubah daripada format debat Ala Parlimen. Agak "down" sedikit namun demi menggapai mimpi, aku dan team tetap bersemangat. Kami dibahagikan kepada 2 kumpulan. Sebanyak 2 pusingan perlawanan sebelum melangkah ke separuh akhir.

Perlawanan pertama menentang junior-junior dari kg E dengan usul "Wanita adalah pemimpin yang lebih baik" kami selaku pembangkang menang dengan margin 2. Pusingan 2 lebih menarik dengan usul "Sekolah Vernakular merugikan negara". Team kami bertemu dengan team IP. Kami menang dengan margin 11. Akhirnya, melangkah ke separuh akhir menentang team junior idola. Agak tertekan semasa kuarantin sebab usul ekonomi (Ekonomi Dunia semakin kronik). Walaupun dalam keadaan serabut, namun Farid selaku simpanan berjaya mengeluarkan semua ilmu ekonominya yang amat berharga itu. Akhirnya kami berjaya melangkah ke final.

Pagi sebelum final malamnya, aku sempat temankan Abg Fairuz untuk ke kk membeli pakaian baju melayu hitam. Sejenak, aku tidak pernah terfikir akan kembali ke pentas final setelah tahun 2007 dulu semasa debat NC. Pada waktu itu, kami tewas di final. Namun, mungkin kali ini aku dapat menebus kembali. Aku sedar bahawa debat didalam UMS tidak sama seperti debat Intervasityyang pernah aku sertai. Berdebat di UMS ada auranya tersendiri dan kadangkala melibatkan maruah diri sendiri.
Akhirnya, dengan usul "Pemanasan Global lebih politik dari realiti" kami selaku pembangkang berjaya menolak usul dengan juri 3-2 margin 1. Akhirnya kami berjaya memenangi perlawanan dan wang tunai RM 1000. Ini adalah kenangan paling manis sepanjang aku berdebat di UMS. Namun, tahniah jugak kepada team Kak Diera, Laura dan Razzaq. Mereka juga memberi tentangan sengit semasa di final.

Selepas ini, tidak ada lagi debat. Mungkin ini debat terakhir sebelum aku meninggalkan UMS. Terima kasih yang tak terhingga kepada Teammate Abg Fairuz, Kak Laila dan Faridzul. Semoga berjaya dengan cita-cita anda. Tahniah kepada Adam dan penganjur kerana bertungkus-lumus menjayakan DSK 09. Tahniah....

Ahad, 5 April 2009

Kunjungan Dato' Siti Nurhaliza ke Pejabat Tok Guru

Memang meletop satu malaya bila berita yang disebarkan media mengenai kunjungan Penyanyi Wanita No 1 Malaysia ke pejabat Tok Guru. Dalam hal ini, tidak salah sekiranya kita sendiri ingin berjumpa tokoh yang kita kagumi. Buang sikap prejudis dan prasangka. Malaysia negara demokrasi. Saya yakin dan percaya, kita semua ada tokoh yang dikagumi. Tak kira perjuangan politik yang berbeza. Meletop Dato' Ct....

Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (tengah) menerima cenderahati daripada penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin (kiri) semasa berkunjung ke Pejabat Menteri Besar di Kota Darulnaim. Turut sama suaminya Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa (kanan).


Selepas menjayakan persembahan sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra ke-59 di Kota Bahru, Kelantan pada 1 April lalu, penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dan suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa sempat melawat Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pejabat Menteri Besar di Kota Darulnaim.

Sabtu, 4 April 2009

Jom Tengok Talentime..


Tahniah, tahniah dan tahniah kepada pengarah filem ini kerana berjaya menerbitkan sebuah filem yang begitu menyayat hati dan memasukkan elemen-elemen kasih sayang anak terhadap ibu yang dicintai disamping memaparkan OKU yang begitu mempunyai naluri yang sama seperti orang biasa. Garapan yang hebat juga berkesan sehingga saya yang menontonnya tidak menyedari linangan air mata mengalir tatkala melihat bagaimana situasi apabila kita sendiri yang kehilangan ibu tersayang. Tanpa perlu menonjolkan pelakon-pelakon ternama yang terkenal, Talentime hadir dengan pakej yang lengkap serta lakonan yang mantap dari para pelakon baru yang berbakat. Melihat filem ini membawa kita ke dimensi sewaktu disekolah menengah dahulu yang gigih untuk menunjukkan bakat yang ada seperti bermain muzik, bersajak, dan sebagainya untuk dipilih dalam satu majlis yang menawarkan hadiah. (Amat rindu saat itu) Elemen menghormati hak sesama insan juga terselit sebagai pemanis dan perasa. Pendek kata, tidak rugi menontonnya. Cuma, wujud juga elemen yang perlu untuk kita jadikan sempadan agar tidak mudah untuk menjadi hamba cinta yang kadangkala membakar diri sendiri. Apapun, semasa menontonnya, wujud elemen-elemen humor yang begitu menghiburkan. Pesananku buat amak, kalau ko marah jangan lah macam mama si Jac dalam filem tu. Anyway, selamat menonton.

Rabu, 1 April 2009

BERAKHIRNYA SATU PENANTIAN 2


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana semalam telah selesai pembentangan tesis yang diadakan bertempat di bilik Upem SSS. Tesis yang dibentang tidak banyak mendapat komen daripada pensyarah-pensyarah. Jutaan apresiasi kepada penyelia tesiskuyang banyak membantu untuk "back up". Hanya tuhan saja yang tahu betapa aku semalam begitu gementar tatkala rakan-rakan yang lain teruk di bom oleh pensyarah. Tidak lupa juga kepada amak(Abg Cd) yang sudi hadir dan sanggup menunggu untuk melihat viva aku. Sedikit sebanyak kehadiranmu memberi kekuatan terhadap diri ini. Selepas ini aku akan lebih sibuk untuk menulis tesis dan menguruskan Master ku di UMS ni. Insya ALLAH semuanya akan berjalan lancar. Kepada sahabat coursemate ku, Yuni dan Win, semoga kita bersama-sama mencapai kejayaan.

Sabtu, 28 Mac 2009

Ilhamku Buat A.M.A.K

A. Alkisah bermula semasa kita mula bertemu dahulu. Dewan Resital menjadi saksi. Pentas indah penuh berbisi. Kami menanti harapan pasti. Mencari cari damai dihati. Waktu itu, kau menyaksi. Melihat kami kesana kemari. Kadang-kadang tak kering gusi. Akhirnya tanpa dendam dan benci, kita menjadi sahabat sejati.

M. Meniti hari penuh tragedi. Kita bersama meniti hari. Semakin erat hubungan ini. Allah jua menjadi saksi. Pahit dan manis kita terokai. Kadang kala resah dihati. Orang disana sering memerhati. Namun berjaya kita tempuhi. Air mata gugur ke bumi. Tatkala kita membina visi. Misi mencari redha Ilahi. Kau hebat sebagai YDPie, kami menjadi teras integrasi. Kita bersama mengejar mimpi.

A. Ada yang dengki, ada yang memaki. Namun semua kita gagahi. Aku dan si nyah sama mengharungi. Amak jua membantu kami. Kita teruskan yang dihajati. Kolej Ab mekar disanubari. Walau dora sering menghalangi, kita tetap rempuhi. Demi Islam yang dicintai. Biar kekal sehingga mati.

K. Kini kita dihujung semester ini. Tiada lagi selepas ini. Akanku pahat dilubuk hati. Walau pahit untuk dirasai. Biarlah ALLAH yang meredhai. Perjuangan ini tiada henti. Kita sekeluarga pasti menggenggami. Cita-cita yang diimpi. Doa kita harap dimakbuli. Amak kau tetap istimewa di hati dan sanubari...

Ahad, 22 Mac 2009

Selamat Pengantin Baru...

Tanggal 17 mac yang lalu, sah lah sudah sahabatku melunaskan hajatnya untuk mengakhiri zaman bujangnya walaupun masih awal rasanya. Dengan 2 kali lafaz pada waktu itu, dia sah menjadi suami orang. Sempat jugak menghubungi beliau sebaik sahaja selesai majlis nikahnya itu.. Selepas ini tanggungjawab yang lebih besar menantimu.. Teruskan jihad akademikmu yang perlu kau lunaskan kerana sudah di hujung tanduk itu.. Walau apapun, tahniah dan semoga berbahagia ke akhir hayatmu bersama isteri tercinta. Didiklah anakmu nanti sebagai anak yang soleh dan solehah. Teruskan amalan-amalan fardhu mu yang mungkin lama kau telah tinggalkan. .. Selamat Berbahagia...

Sabtu, 14 Mac 2009

LAGU KITA

DEDIKASI KHAS BUAT SAHABATKU ... QHAIRULSUFIAN

Deras hatiku berdetak
Di langit aku terlihat kamu

Terang malam teman kita
Dengan angin meniup sayu

Kupetik gitar akustik ini
Dengan harapan dia mendengar
Melodi indah yang kucipta
Hanya untuk luahkan rinduku padanya

Dan aku terus
Menyanyi lagu ini untukmu
Walau berjuta mendengar
Lagu ini hanya untukmu

Arah hidup kita
Tergambar bintang di angkasa
Berkelip melukis cinta
Terciptalah lagu kitA

Melodi indah yang kucipta
Hanya untuk luahkan rinduku padanya

Dan aku terus
Menyanyi lagu ini untukmu
Walau berjuta mendengar
Lagu ini hanya untukmu

Arah hidup kita
Tergambar bintang di angkasa
Berkelip melukis cinta
Terciptalah lagu kita

Terciptalah lagu kita

Selasa, 10 Mac 2009

Takziah BUat Keluarga Chok

Salam takziah buat keluarga mendiang Chok, pelajar Kimia Industri UMS, yang telah meninggal dunia di Hospital Likas pada 7 MAc 2009. Agak terkilan kerana, pada jam 2 petang aku, Abg CD, Fansuri dan Adam adalah orang yang terakhir melawat mendiang sebelum 2 jam selepas itu berita kematian mendiang dikhabarkan kepada kami yang waktu itu sedang menuju ke masjid bandaraya untuk menunaikan solat Asar. Buat Adam, walaupun Chok telah pergi, diharap Adam tetap meneruskan perjuangan hidup dan kita juga pasti akan kesana jua. ... Lirik ini untuk Adam dan mendiang Chok..


Goodbye

Now Listen little child There will come a day
When you will be able Able to say
Never mind the pain All the aggravation
You know there's a better way for you and me to be


Look for the rainbow in every storm
Fly like an angel heaven sent to me
Goodbye my friend
I know your going, you said you're gone but I can still feel you here
It's not the end You gotta keep it strong before the pain turn into fear
So glad we made it Time will never change it, no no no

Just a little love Big imagination
Never letting no one take it away
Went into the world What a revelation
Its found there's a better way For you and me to be


Look for the rainbow in every storm
Find out for certain Loves gonna be there for you
You'll always be someone's baby
Goodbye my friend,
I know your going, you said you're gone but I can still feel ya here
It's not the end You gotta keep it strong before the pain turns into fear
So glad we made it Time will never change it no no no
You know it's time to say goodbye

The times when we would play about
The way we used to scream and shout
We never dreamt you'd go your own sweet way

Ahad, 1 Mac 2009

LamBaian BUat UNitEd KinGDom.

Salam BUat SEmua..

Sedang diri sibuk untuk menyiapkan kerangka tesis untukViva yang akan datang, terbayang seketika keadaan Universiti yang ada di United Kingdom. Lantas, jari jemari mencari-cari beberapa gambar Universiti yang berprestij yang ada di United Kingdom. Tidak mustahil jika satu hari nanti diri berjaya untuk menjejaki salah satu Universiti itu. Sebenarnya tension giler...... Viva dah nak dekat!!!!!!!!!!!!!! (For my best Friend, Sammy who still study at Hartpury College of UK tq for the list of University. See you there.....)


Ini Harvard University
Ini pulak Oxford University.

Ini pulak Cambridge University...

Untuk itu, aku lampirkan lagu yang meletop sekarang ni... Boleh download dan layan......

Bukan_Superstar (klik jer link nie...)

Andai aku Pasha Ungu
Semua wanita kan memburuku
Bila aku Ariel Peterpan
Kau yakin ngefans karena gua keren

Sexy badannya.. Mulan Jameela
Cantiknya dia seperti aku
Giring Nidji sahabat aku
Dekat denganku.. dialah aku..

Tapi kenyataan aku bukan siapa-siapa
Kuingin engkau mencintaiku apa adanya

Ku bukan superstar kaya dan terkenal
Ku bukan saudagar yang punya banyak kapal
Ku bukan bangsawan, ku bukan priyayi
Ku hanyalah orang yang ingin dicintai

Haa haa haaa… Haa haa haaa…

Andai aku Letto wis pasti aku wong jowo
Tapi kenyataan aku bukan siapa-siapa
kuingin engkau mencintaiku apa adanya

Ku bukan superstar kaya dan terkenal
Ku bukan saudagar yang punya banyak kapal
Ku bukan bangsawan, ku bukan priyayi
Ku hanyalah orang yang ingin dicintai

Kata orang ku mirip Glenn Fredly
Suara merdu, wanita jatuh hati
Namun semua itu hanya mimpi bagimu woohoo~

Jadi… semua itu hanya mimpi?
Ya iya laah… masak ya iya dong
Duren aja dibelah bukan dibedong

Ku bukan superstar kaya dan terkenal
Ku bukan saudagar yang punya banyak kapal
Ku bukan bangsawan, ku bukan priyayi
Ku hanyalah orang yang ingin dicintai

Kamu bukan super, kamu bukan setar
Kalo digabungin kamu bukan supersetarr..
Ku bukan bangsawan, ku bukan priyayi
Ku hanyalah orang yang ingin dicintai

Selasa, 24 Februari 2009

Hanya Kerana Sebuah LOceng...


Hanya Kerana sebuah Loceng..

Malam ahad yang lalu, selesai sahaja berakhirnya Forum diskusi Ilmuan di kolej AB( diri ini menjadi moderator terjun), terus sahaja menuju ke bilik. Waktu itu jam sudah menunjukkan 11.00 malam. Selesai membuat ulangkaji dan persiapan untuk menghadapi presentation pada esoknya, tiba-tiba terdetik untuk menghubungi ABg Cd. "Salam, amak jom qiam d masjid". Dengan sayup-sayup suara Abg Cd menjawab, "Ok, datang kau p bilikku. Ada makanan ni." Sepantas kilat diri ini terus bersiap dan terpacak dibilik itu. Sebelum bergerak ke masjid, Abg Cd sempat mengingatkan para sahabat di bilik sebelah agar turun untuk solat subuh di masjid. Setiba di masjid, suasana agak lengang dan begitu gelap. Biasanya tak lah gelap sangat. Lantas, kami terus memilih saff yang paling belakang untuk merehatkan diri.


Selesai solat subuh, bersama-sama sahabat yang lain membaca Al Mathurat dalam keadaan yang yang penuh dengan kesyahduan. Selepas itu, diri ini dan Abg Cd bergerak untuk balik ke bilik. Semasa dalam perjalanan balik, diri meminta untuk meminjam sesuatu. "Amak, mau pinjam loceng di bilik kau tu. Coursemate mau pinjam untuk presentation. Loceng tu untuk penjaga masa.'' Diri meminta dengan penuh lakonan. "Ok, ada di bilik. Ambik lah.".


Setelah itu, diri balik bilik, dan bersiap awal kerana kami perlu ada di BMU, SSS sebelum jam 9 pagi. Sebaik tiba di SSS, seorang kawan yang juga cousemate menerjah. " Jass, mana loceng?". Aku terkesima. " Ya ALLAH, lupa tertinggal kat bilik". Diri dengan penuh penyesalan. " Kau kena jugak bawak. Kami perlu ni. Nanti macam mana nak bagi tau masa korang present nanti?"..

Diri terus tidak berfikir panjang. Memandangkan kumpulan kami adalah pembentang yang pertama. "Wan, pinjam motor jap. Kena balik ni nak ambik loceng.".. Wan terus memberikan kunci motornya. Dengan pantas diri menunggang motor dan terus memecut laju. Sebaik melalui Anjung Siswa, tiba-tiba motor menjadi tidak seimbang. Motor diberhentikan. Diri memeriksa tayar. Alang kah terkejut beruk diri ini apabila tayar motor pancit................. Dengan tiub motor yang sudah terbonjol keluar dari tayar..... " AH!!!!!!!!!!!! Macam mana ni!!!!!!!!!!!! Presentation jap lagi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Dengan kudrat yang ada, diri terus menolak motor ke tepi dan menguncinya. Malangnya, kredit hp dah abis... Nasib ada seorang insan yang sudi menumpang kan diri ini balik kekampus meninggalkan motor itu. Setiba di bilik, diri terus mengambil loceng itu. Hampir terlupa, sewaktu menolak motor, bahu diri dilanggar oleh kereta kancil... Hanya Allah yang tahu betapa sakitnya. Setelah itu, diri ini terus meluru ke bilik Abg Cd untuk meminjam telefon. Setelah itu, diri ini terus menunggu bas. Didalam bas, diri tidak menyedari bahawa air mata ini mengalir mengenangkan nasib diri pada hari itu. Fokus untuk membentang hampir hilang.


Setiba di SSS, dengan lemah diri menyerahkan loceng itu. Alhamdulillah, presentation belum bermula. Kelegaan terpancar di wajah sahabat-sahabat kumpulan. SelesaI membentang, sesi soal jawab bersama pensyarah. Sekali lagi diri berjaya menjawab dengan baik. Walaupun soalan itu begitu meletop! Selesai itu, diri ke surau untuk menunaikan solat Zohor dan bersyukur diatas ujian NYa yang akhirnya menjanjikan kemanisan yang sukar untuk digambarkan..... Buat Abg Cd, syukran.. Hanya kerana sebuah LOCENG.........

Jumaat, 13 Februari 2009

Lagu Untukmu....


Salam BUat semua...

Ketika diri sedang termenung di meja study sambil mendengar radio, tiba-tiba terdengar lagu yang berkumandang. Aku kira lagu ini agak baru dan tidak pernah kudengar sebelum ini. Lantas apabila mengetahui tajuk lagu dan penyanyi asalnya, jari jemari terus menggapai komputer riba dan terus melakukan explorasi untuk mencarinya di alam maya. Alhamdulillah, akhirnya bertemu jua. Rupanya lagu ini merupakan soundtrack kepada filem yang sedang hangat di Indonesia. Tajuk filem tersebut Wanita Berkalung Sorban. Belum lagi ditayangkan di Malaysia. Dengar-dengar meletop di Indonesia . Disini disertakan lirik dan link untuk anda download dan mendengarnya....



KETIKA CINTA


Ada tiada rasa dalam jiwa
Rindu akan memanggil-Mu
Karna setiap jiwa t’lah bersumpah
Setia hanyalah kepada-Mu

Bila cinta ada di dalam jiwa
Wangi bunga dunia tanpa nestapa
Segala yang dirasa hanyalah Dia
Hati ‘kan memuja hanya pada-Nya

Ketika cinta memanggil
Gemetar tubuhku
Ketika cinta memanggil
Hangatnya nafasku
Ketika cinta memanggil
Menderu sang rindu
Ketika cinta memanggil

Rindu… rindu… rindu kalbu
Memanggil-manggil nama-Mu
Seperti terbang di langit-Mu
Tenggelam di lautan cinta-Mu

Bertabur qalbu yang rindu
Melebur menjadi satu
Bagai menari diiringi pelangi
Ketika cinta memanggil


untuk download klik jer,,, http: Ketika_cinta_Bertasbih

Isnin, 9 Februari 2009

Apa Berlaku Pada 14 Februari?

Pertempuran Bukit Chandu
Pertempuran Bukit Chandu (14 Februari 1942) merupakan salah satu pertempuran hebat yang berlaku dalam sejarah Singapura semasa Perang Dunia Kedua. Pertempuran ini merupakan lanjutan kepada Pertempuran Pasir Panjang yang berlaku sehari sebelumnya. Pertempuran ini dikenang kerana keperiwiraan askar Melayu, yang dipimpin oleh Leftenan Muda Adnan bin Saidi, yang menentang askar Jepun hingga ke penghujung nyawa. Untuk memperingati Pertempuran Bukit Chandu ini, Arkib Negara Singapura telah mendirikan sebuah pusat peringatan yang dikenali sebagai Reflections at Bukit Chandu. Pusat peringatan ini terletak di Kent Ridge. Nadi telah mengunjunginya dan mempelajari tentang detik sejarah yang sungguh menyayat hati.
Bukit Chandu mendapat namanya sempena sebuah kilang memproses candu milik kerajaan British di kaki bukit ini. Sejurus selepas Pertempuran Pasir Panjang, Kompeni "C" dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu telah diarahkan untuk berundur ke kedudukan Pt. 226 di Bukit Chandu dan mempertahankannya. Sekiranya kedudukan ini jatuh ke tangan askar Jepun, mereka akan mempunyai laluan terbuka menuju Jalan Alexandra di mana terdapat depoh Tentera Inggeris, tempat simpanan peluru dan juga Hospital Alexandra Tentera Inggeris. Lt. Adanan telah mengarahkan pasukannya untuk mengepung sekeliling pangkalan mereka dengan kampit-kampit pasir.
Pada ketika itu, Askar Jepun telah menggunakan satu muslihat untuk cuba memperdaya askar-askar Melayu yang bertahan di situ. Mereka menghantar sekumpulan askar mereka yang menyamar sebagai askar Punjabi untuk cuba menghampiri kedudukan yang dipertahankan oleh Askar Melayu . Namun, anggota-anggota Kompeni "C" Askar Melayu itu menyedari muslihat ini apabila mereka melihat askar Jepun yang berpakaian seragam askar Punjabi itu berkawat dalam barisan berempat-empat dan bukannya dalam barisan bertiga-tiga seperti kelaziman pasukan Tentera Inggeris. Mereka dibiarkan hampir ke garisan pertahanan Kompeni "C" Askar Melayu sebelum dihujani peluru daripada mesingan Lewis. Serangan ini mengakibatkan askar Jepun kehilangan banyak jiwa dan ramai anggotanya yang cedera. Mereka yang terselamat telah bergolek dan terpaksa merangkak untuk turun semula ke tempat yang selamat.
Sebagai balasan, Askar Jepun melancarkan serangan habis-habisan ke atas kedudukan Askar Melayu di Bukit Chandu. Walaupun hampir kehabisan peluru dan dengan bilangan anggota yang jauh lebih sedikit berbanding bilangan askar Jepun, Askar Melayu masih terus menentang serangan askar Jepun. Mereka bertempur secara semuka dengan menggunakan bayonet, parang dan tangan untuk menghalang askar Jepun daripada menguasai kedudukan tersebut. Ramai pegawai dan anggota Askar Melayu yang menjadi korban. Lt. Adnan sendiri cedera parah, tetapi masih berdegil tidak mahu berundur dan terus memberikan tentangan hingga menyebabkan kemalangan jiwa yang besar di kalangan askar-askar Jepun. Keberanian beliau dan seruan 'biar putih tulang, jangan putih mata' membakar semangat anak-anak buahnya untuk terus berjuang.
Malangnya, bilangan askar Jepun yang terlalu ramai itu menyebabkan Askar Melayu mengalami kekalahan. Lt. Adnan telah ditangkap dan diheret oleh Askar Jepun yang menuntut bela atas anggota tentara mereka yang gugur di tangan Lt. Adnan dan Askar Melayu. Beliau diikat dan digantung di sebatang pokok lalu dibunuh berkali-kali dengan bayonet. Jenazahnya dilarang diturunkan dari pokok tersebut sebagai memberi ajaran kepada sesiapa yang cuba menentang Askar Jepun yang kemudiannya menjajah Singapura selama tiga tahun.

Khamis, 15 Januari 2009

Debat Institut Kefahaman Islam Malaysia (PART 1)

Salam buat semua,,,

Lagi cerita pasal Debat.. Sekali lagi UMS telah menghantar wakil untuk ke Pertandingan Debat Institut Kefahaman Islam Malaysia yang bertampat di IKIM sendiri pada 12 Januari- 16 Januari. Kali ini diwakili oleh Jass Azliezan (saya sendiri), Mohd Nasir Morni, Noor Nadirah Omar dan Abdul Razzaq Bakri(simpanan).

Penginapan kami kali ini sama seperti tahun lepas iaitu di asrama stadium Tenis jalan Duta di Kompleks Sukan Negara. Banyak pengalaman yang kami kutip sepanjang Debat ini. Namun, sehingga sekarang pertandingan ini belum berakhir kerana perlawanan akhir esok akan memepertemukan UM dan USIM pada perlawanan akhir. Banyak yang ingin dikongsikan kepada pembaca blog.. Tunggu dalam part 2 nanti....

Selasa, 13 Januari 2009

Memori Aku Seorang Pendebat...

Aku ingin berkongsi sesuatu dengan pembaca2 blog ini, mahupun kepada sahabat- sahabat yang mengenali diri ini mengenai satu pengalaman yang cukup berharga yang aku kutip satu persatu semasa menjadi mahasiswa UMS yang aku cintai ini. Tidak dapat aku nafikan bahawa aku berkembang dan matang di Ums ni melalui Debat. Debat? Aku sendiri pada mulanya tidak tahu apakah itu debat. Kalau disekolah dulu, aku hanya pernah mengikuti Pidato, sajak,Pantun dan Forum Remaja.

Namun segalanya telah berubah apabila aku menceburi bidang debat ini. Bermula dengan Debat Piala Naib Canselor(masa tu, aku satu team ngan Qhairul, Kak Laila, dan Abg CD). Aku mewakili kolej AB dan diletakkan dalam kumpulan Senior.(Kadang2 menempel kat Group Junior). Alhamdulillah pada waktu itu, Kolej AB sekali lagi menjuarai Debat Piala Naib Canselor 2006.Masa tu aku hanya sebagai simpanan. Selepas itu, aku mencuba untuk memboloskan diri untuk mewakili Ums keperingkat kebangsaan. Alhamdulillah dengan izinNYA, aku sekali lagi terpilih untuk mewakili Ums ke Pertandingan Debat Diraja yang bertempat di Universiti Malaysia Sarawak pada 26-30 Disember 2006. Aku satu team ngan Kak Laila dan Mastura. Memang satu pengalaman yang manis. Pencapaian team kami agak baik dimana kami menewaskan UM(Muda), UUM (Muda) dan KUKTEM(sekarang dipanggil UMP). Namun takde rezeki untuk ke suku akhir. Paling mengharukan apabila sebanyak 2 buah bas penyokong Ums datang ke Unimas untuk memberi sokongan.
Selepas itu, aku ada menyertai Debat Piala Dekan anjuran PERMASES. Debat Piala Dekan itu berlangsung pada Febuari 2007 semasa aku berada di Sem 2. Debat Piala Dekan ini hanya terbuka kepada mahasiswa SSS yang mewakili program masing2. Aku mewakili program Hubungan Industri dan bergandingan dengan Ayuni, Fazirah dan Taty(simpanan). Alhamdulillah team aku berjaya menjuarai Debat tersebut menewaskan Program Sejarah pada pusingan akhir. Paling manis sekali aku dinobatkan pendebat terbaik dan kami mengekalkan rekod tanpa kalah.

Masuk tahun ke 2 pengajian, aku menyertai Debat Piala Nc kali kedua. Walaupun tewas pada final, namun pengalaman yang sangat berharga aku perolehi bersama TeamMate Kak Laila dan Busyrol. Im so proud of you guys.. Seterusnya pada November 2007, sekali lagi aku terpilih untuk ke Debat Diraja yang dianjurkan di Uitm Shah ALam. Kali ini bergandingan dengan Laura, Jumriati dan Putri sebagai simpanan. Alhamdulillah team kami berjaya break ke suku akhir dan menjadi wakil tunggal UMS. Walaupun tewas di tangan UKM, namun, pengalaman itu aku kutip untuk lebih memperbaiki untuk debat yang akan datang. December 2007 aku sekali lagi mewakili UMS ke Debat Institut Kefahaman Islam Malaysia bertempat di IKIM jalan Duta.Kali ini bergandingan dengan Abg Burhanuddin ( Sifu IKIM), Nasir dan Kak Nadirah. Agak besar amanah itu untuk mempertahankan kejuaraan yang dikecapi oleh senior (Khai, Hani, and Abg Burhan) yang menjuarainya sebelum ini. Namun, rezeki hanya setakat suku akhir apabila tewas ditangan UIAM. Debat IKIM ini agak menarik dan lebih tenang.

Pada Febuari 2008, sekali lagi aku mewakili UMS ke Pertandingan Debat Integriti bertempat di USM Penang. Debat ni paling best sebab kami pergi dengan 2 Team. Team 1 Khai, Kak Laila , Abg Fairuz n Kak Nadirah. Manakala Team 2 membariskan gandingan Aku, Farizah, Mastura dan Razak sebagai simpanan. Alhamdulillah team kami berjaya memenangi 5 daripada 6 perlawanan pusingan awal dan berada ditempat kedua dibawah UM. Sekali lagi tewas pada suku akhir ditangan UNITEN. Namun, gandingan team kami amat baik dan serasi. Paling best dapat berjalan sekitar penang dan ke Kedah dan singgah untuk makan tengahari di rumah Kak Diera. huhu...
Tanggal Mei 2008, semasa cuti semester sekali lagi aku menyertai Debat Perpaduan yang bertempat di UUM Sintok. Kali ini kolaborasi bersama Abg Fairuz dan Kak Nadirah. Kami berjaya ke suku akhir dan menewaskan UTM pada suku akhir dan tewas ditangan UiTM pada separuh akhir. Walaubagaimanapun, inilah pencapaian terbaik aku setakat ini. Walaupun gagal melangkah ke pentas akhir,namun aku berpuashati dengan semangat dan kerja keras yang kami usahakan walaupun ketika itu cuti semester.

Membuka lembaran baru semester pertama berada ditahun akhir, bermula dengan Debat Alam Sekitar 2008 pada Julai tahun lalu yang mana UMS menjadi tuan rumah. Aku tidak menjadi peserta sebaliknya menjadi L.O. kepada pasukan UMS yang membariskan Khai, Abg Bubu dan Abg Fairuz. Namun rezeki tidak menyebelahi UMS apabila tewas disuku akhir kepada UM. (seperti royal 2006, merdeka 2006 dan alam sekitar 2006). Namun pada asasnya, performance mereka tetap baik dan hanya rezeki tidak menyebelahi. Pada Oktober 2008, aku mewakili UMS untuk ke Debat Pengguna bertempat di MMU Melaka. Masih mengekalkan team integriti 2008, Aku, Farizah dan Mastura serta Azlan selaku simpanan. Sememangnya aku mengakui tidak dapat memberi fokus dalam debat ini kerana aku menghadapi masalah peribadi sehingga mengganggu tumpuan terhadap debat tersebut. Hanya memenangi 3 daripada 6 perlawanan pusingan awal iaitu kepada USIM, IPgaya dan IP Sultan Mizan. Kami gagal ke suku akhir. Inilah memori paling pahit sepanjang aku berdebat ditambah dengan masalah peribadi pada waktu itu.

Kini, aku telah berada dihujung pengajian. Tidak ada lagi Debat selepas ini. Namun aku akan merindui saat- saat bersama pasukan UMS yang bersengkang mata latihan dan juga mencari fakta kes.Debat ini yang telah menjadi sahabat baikku di UMS. Buat junoir-junior Debat UMS, teruskan perjuangan. Seperti kata Kak Miza, "Cinta Debat Adalah Cinta Luar Biasa".


Dibawah ini disertakan gambar-gambar kenangan bersama rakan seperjuangan UMS
Debat Pengguna di MMU. OKT 2008

Debat Perpaduan UUM Mei 2008

Debat Integriti USM Februari 2008

Debat Di Raja UNIMAS 2006

My Best Team.........