Sabtu, 4 April 2009

Jom Tengok Talentime..


Tahniah, tahniah dan tahniah kepada pengarah filem ini kerana berjaya menerbitkan sebuah filem yang begitu menyayat hati dan memasukkan elemen-elemen kasih sayang anak terhadap ibu yang dicintai disamping memaparkan OKU yang begitu mempunyai naluri yang sama seperti orang biasa. Garapan yang hebat juga berkesan sehingga saya yang menontonnya tidak menyedari linangan air mata mengalir tatkala melihat bagaimana situasi apabila kita sendiri yang kehilangan ibu tersayang. Tanpa perlu menonjolkan pelakon-pelakon ternama yang terkenal, Talentime hadir dengan pakej yang lengkap serta lakonan yang mantap dari para pelakon baru yang berbakat. Melihat filem ini membawa kita ke dimensi sewaktu disekolah menengah dahulu yang gigih untuk menunjukkan bakat yang ada seperti bermain muzik, bersajak, dan sebagainya untuk dipilih dalam satu majlis yang menawarkan hadiah. (Amat rindu saat itu) Elemen menghormati hak sesama insan juga terselit sebagai pemanis dan perasa. Pendek kata, tidak rugi menontonnya. Cuma, wujud juga elemen yang perlu untuk kita jadikan sempadan agar tidak mudah untuk menjadi hamba cinta yang kadangkala membakar diri sendiri. Apapun, semasa menontonnya, wujud elemen-elemen humor yang begitu menghiburkan. Pesananku buat amak, kalau ko marah jangan lah macam mama si Jac dalam filem tu. Anyway, selamat menonton.

0 comments: