Khamis, 16 April 2009

Debat Sembang Kopi: Lebih Realiti dari Mimpi


Salam Buat Semua..




Alhamdulillah, pada 7-10 April yang lalu MPP UMS 08/09 ( Tahniah Adam..) telah menganjurkan pertandingan Debat Sembang Kopi yang agak unik dari debat yang aku pernah sertai sebelum ini. Ia lebih santai dan bersahaja. Agak banyak jugak rintangan yang terpaksa aku hadapi sebelum menyertai debat ni. Antaranya mencari team, mendapatkan usul yang agak lewat dan akhirnya semua usul itu tidak diguna pakai, dan mencari simpanan. Namun, semua itu berjaya diatasi disaat-saat akhir. ( Tq Farid for being the best reserve at all...)

Bermula pada 7 april, bergandingan dengan team yang belum pernah digandingkan aku melangkah dengan penuh semangat untuk berdebat. Bersama Kak Laila dan Abg Fairuz kami ke SST untuk mendaftar. Setelah itu, kami mendengar taklimat oleh AJK debat yang pada awalnya menerangkan tentang format debat Ala Parlimen disebabkan kebanyakan peserta adalah di kalangan pendebat UMS sendiri. Namun, segala-galanya berubah apabila Dr. Ramzah menukar semula format debat dan segala-galanya berubah daripada format debat Ala Parlimen. Agak "down" sedikit namun demi menggapai mimpi, aku dan team tetap bersemangat. Kami dibahagikan kepada 2 kumpulan. Sebanyak 2 pusingan perlawanan sebelum melangkah ke separuh akhir.

Perlawanan pertama menentang junior-junior dari kg E dengan usul "Wanita adalah pemimpin yang lebih baik" kami selaku pembangkang menang dengan margin 2. Pusingan 2 lebih menarik dengan usul "Sekolah Vernakular merugikan negara". Team kami bertemu dengan team IP. Kami menang dengan margin 11. Akhirnya, melangkah ke separuh akhir menentang team junior idola. Agak tertekan semasa kuarantin sebab usul ekonomi (Ekonomi Dunia semakin kronik). Walaupun dalam keadaan serabut, namun Farid selaku simpanan berjaya mengeluarkan semua ilmu ekonominya yang amat berharga itu. Akhirnya kami berjaya melangkah ke final.

Pagi sebelum final malamnya, aku sempat temankan Abg Fairuz untuk ke kk membeli pakaian baju melayu hitam. Sejenak, aku tidak pernah terfikir akan kembali ke pentas final setelah tahun 2007 dulu semasa debat NC. Pada waktu itu, kami tewas di final. Namun, mungkin kali ini aku dapat menebus kembali. Aku sedar bahawa debat didalam UMS tidak sama seperti debat Intervasityyang pernah aku sertai. Berdebat di UMS ada auranya tersendiri dan kadangkala melibatkan maruah diri sendiri.
Akhirnya, dengan usul "Pemanasan Global lebih politik dari realiti" kami selaku pembangkang berjaya menolak usul dengan juri 3-2 margin 1. Akhirnya kami berjaya memenangi perlawanan dan wang tunai RM 1000. Ini adalah kenangan paling manis sepanjang aku berdebat di UMS. Namun, tahniah jugak kepada team Kak Diera, Laura dan Razzaq. Mereka juga memberi tentangan sengit semasa di final.

Selepas ini, tidak ada lagi debat. Mungkin ini debat terakhir sebelum aku meninggalkan UMS. Terima kasih yang tak terhingga kepada Teammate Abg Fairuz, Kak Laila dan Faridzul. Semoga berjaya dengan cita-cita anda. Tahniah kepada Adam dan penganjur kerana bertungkus-lumus menjayakan DSK 09. Tahniah....

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

Salam WUFI..

Syukran buat DSK..moga berbahagia selalu..

Az_liey berkata...

Tahniah