Selasa, 24 Februari 2009

Hanya Kerana Sebuah LOceng...


Hanya Kerana sebuah Loceng..

Malam ahad yang lalu, selesai sahaja berakhirnya Forum diskusi Ilmuan di kolej AB( diri ini menjadi moderator terjun), terus sahaja menuju ke bilik. Waktu itu jam sudah menunjukkan 11.00 malam. Selesai membuat ulangkaji dan persiapan untuk menghadapi presentation pada esoknya, tiba-tiba terdetik untuk menghubungi ABg Cd. "Salam, amak jom qiam d masjid". Dengan sayup-sayup suara Abg Cd menjawab, "Ok, datang kau p bilikku. Ada makanan ni." Sepantas kilat diri ini terus bersiap dan terpacak dibilik itu. Sebelum bergerak ke masjid, Abg Cd sempat mengingatkan para sahabat di bilik sebelah agar turun untuk solat subuh di masjid. Setiba di masjid, suasana agak lengang dan begitu gelap. Biasanya tak lah gelap sangat. Lantas, kami terus memilih saff yang paling belakang untuk merehatkan diri.


Selesai solat subuh, bersama-sama sahabat yang lain membaca Al Mathurat dalam keadaan yang yang penuh dengan kesyahduan. Selepas itu, diri ini dan Abg Cd bergerak untuk balik ke bilik. Semasa dalam perjalanan balik, diri meminta untuk meminjam sesuatu. "Amak, mau pinjam loceng di bilik kau tu. Coursemate mau pinjam untuk presentation. Loceng tu untuk penjaga masa.'' Diri meminta dengan penuh lakonan. "Ok, ada di bilik. Ambik lah.".


Setelah itu, diri balik bilik, dan bersiap awal kerana kami perlu ada di BMU, SSS sebelum jam 9 pagi. Sebaik tiba di SSS, seorang kawan yang juga cousemate menerjah. " Jass, mana loceng?". Aku terkesima. " Ya ALLAH, lupa tertinggal kat bilik". Diri dengan penuh penyesalan. " Kau kena jugak bawak. Kami perlu ni. Nanti macam mana nak bagi tau masa korang present nanti?"..

Diri terus tidak berfikir panjang. Memandangkan kumpulan kami adalah pembentang yang pertama. "Wan, pinjam motor jap. Kena balik ni nak ambik loceng.".. Wan terus memberikan kunci motornya. Dengan pantas diri menunggang motor dan terus memecut laju. Sebaik melalui Anjung Siswa, tiba-tiba motor menjadi tidak seimbang. Motor diberhentikan. Diri memeriksa tayar. Alang kah terkejut beruk diri ini apabila tayar motor pancit................. Dengan tiub motor yang sudah terbonjol keluar dari tayar..... " AH!!!!!!!!!!!! Macam mana ni!!!!!!!!!!!! Presentation jap lagi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Dengan kudrat yang ada, diri terus menolak motor ke tepi dan menguncinya. Malangnya, kredit hp dah abis... Nasib ada seorang insan yang sudi menumpang kan diri ini balik kekampus meninggalkan motor itu. Setiba di bilik, diri terus mengambil loceng itu. Hampir terlupa, sewaktu menolak motor, bahu diri dilanggar oleh kereta kancil... Hanya Allah yang tahu betapa sakitnya. Setelah itu, diri ini terus meluru ke bilik Abg Cd untuk meminjam telefon. Setelah itu, diri ini terus menunggu bas. Didalam bas, diri tidak menyedari bahawa air mata ini mengalir mengenangkan nasib diri pada hari itu. Fokus untuk membentang hampir hilang.


Setiba di SSS, dengan lemah diri menyerahkan loceng itu. Alhamdulillah, presentation belum bermula. Kelegaan terpancar di wajah sahabat-sahabat kumpulan. SelesaI membentang, sesi soal jawab bersama pensyarah. Sekali lagi diri berjaya menjawab dengan baik. Walaupun soalan itu begitu meletop! Selesai itu, diri ke surau untuk menunaikan solat Zohor dan bersyukur diatas ujian NYa yang akhirnya menjanjikan kemanisan yang sukar untuk digambarkan..... Buat Abg Cd, syukran.. Hanya kerana sebuah LOCENG.........

Jumaat, 13 Februari 2009

Lagu Untukmu....


Salam BUat semua...

Ketika diri sedang termenung di meja study sambil mendengar radio, tiba-tiba terdengar lagu yang berkumandang. Aku kira lagu ini agak baru dan tidak pernah kudengar sebelum ini. Lantas apabila mengetahui tajuk lagu dan penyanyi asalnya, jari jemari terus menggapai komputer riba dan terus melakukan explorasi untuk mencarinya di alam maya. Alhamdulillah, akhirnya bertemu jua. Rupanya lagu ini merupakan soundtrack kepada filem yang sedang hangat di Indonesia. Tajuk filem tersebut Wanita Berkalung Sorban. Belum lagi ditayangkan di Malaysia. Dengar-dengar meletop di Indonesia . Disini disertakan lirik dan link untuk anda download dan mendengarnya....



KETIKA CINTA


Ada tiada rasa dalam jiwa
Rindu akan memanggil-Mu
Karna setiap jiwa t’lah bersumpah
Setia hanyalah kepada-Mu

Bila cinta ada di dalam jiwa
Wangi bunga dunia tanpa nestapa
Segala yang dirasa hanyalah Dia
Hati ‘kan memuja hanya pada-Nya

Ketika cinta memanggil
Gemetar tubuhku
Ketika cinta memanggil
Hangatnya nafasku
Ketika cinta memanggil
Menderu sang rindu
Ketika cinta memanggil

Rindu… rindu… rindu kalbu
Memanggil-manggil nama-Mu
Seperti terbang di langit-Mu
Tenggelam di lautan cinta-Mu

Bertabur qalbu yang rindu
Melebur menjadi satu
Bagai menari diiringi pelangi
Ketika cinta memanggil


untuk download klik jer,,, http: Ketika_cinta_Bertasbih

Isnin, 9 Februari 2009

Apa Berlaku Pada 14 Februari?

Pertempuran Bukit Chandu
Pertempuran Bukit Chandu (14 Februari 1942) merupakan salah satu pertempuran hebat yang berlaku dalam sejarah Singapura semasa Perang Dunia Kedua. Pertempuran ini merupakan lanjutan kepada Pertempuran Pasir Panjang yang berlaku sehari sebelumnya. Pertempuran ini dikenang kerana keperiwiraan askar Melayu, yang dipimpin oleh Leftenan Muda Adnan bin Saidi, yang menentang askar Jepun hingga ke penghujung nyawa. Untuk memperingati Pertempuran Bukit Chandu ini, Arkib Negara Singapura telah mendirikan sebuah pusat peringatan yang dikenali sebagai Reflections at Bukit Chandu. Pusat peringatan ini terletak di Kent Ridge. Nadi telah mengunjunginya dan mempelajari tentang detik sejarah yang sungguh menyayat hati.
Bukit Chandu mendapat namanya sempena sebuah kilang memproses candu milik kerajaan British di kaki bukit ini. Sejurus selepas Pertempuran Pasir Panjang, Kompeni "C" dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu telah diarahkan untuk berundur ke kedudukan Pt. 226 di Bukit Chandu dan mempertahankannya. Sekiranya kedudukan ini jatuh ke tangan askar Jepun, mereka akan mempunyai laluan terbuka menuju Jalan Alexandra di mana terdapat depoh Tentera Inggeris, tempat simpanan peluru dan juga Hospital Alexandra Tentera Inggeris. Lt. Adanan telah mengarahkan pasukannya untuk mengepung sekeliling pangkalan mereka dengan kampit-kampit pasir.
Pada ketika itu, Askar Jepun telah menggunakan satu muslihat untuk cuba memperdaya askar-askar Melayu yang bertahan di situ. Mereka menghantar sekumpulan askar mereka yang menyamar sebagai askar Punjabi untuk cuba menghampiri kedudukan yang dipertahankan oleh Askar Melayu . Namun, anggota-anggota Kompeni "C" Askar Melayu itu menyedari muslihat ini apabila mereka melihat askar Jepun yang berpakaian seragam askar Punjabi itu berkawat dalam barisan berempat-empat dan bukannya dalam barisan bertiga-tiga seperti kelaziman pasukan Tentera Inggeris. Mereka dibiarkan hampir ke garisan pertahanan Kompeni "C" Askar Melayu sebelum dihujani peluru daripada mesingan Lewis. Serangan ini mengakibatkan askar Jepun kehilangan banyak jiwa dan ramai anggotanya yang cedera. Mereka yang terselamat telah bergolek dan terpaksa merangkak untuk turun semula ke tempat yang selamat.
Sebagai balasan, Askar Jepun melancarkan serangan habis-habisan ke atas kedudukan Askar Melayu di Bukit Chandu. Walaupun hampir kehabisan peluru dan dengan bilangan anggota yang jauh lebih sedikit berbanding bilangan askar Jepun, Askar Melayu masih terus menentang serangan askar Jepun. Mereka bertempur secara semuka dengan menggunakan bayonet, parang dan tangan untuk menghalang askar Jepun daripada menguasai kedudukan tersebut. Ramai pegawai dan anggota Askar Melayu yang menjadi korban. Lt. Adnan sendiri cedera parah, tetapi masih berdegil tidak mahu berundur dan terus memberikan tentangan hingga menyebabkan kemalangan jiwa yang besar di kalangan askar-askar Jepun. Keberanian beliau dan seruan 'biar putih tulang, jangan putih mata' membakar semangat anak-anak buahnya untuk terus berjuang.
Malangnya, bilangan askar Jepun yang terlalu ramai itu menyebabkan Askar Melayu mengalami kekalahan. Lt. Adnan telah ditangkap dan diheret oleh Askar Jepun yang menuntut bela atas anggota tentara mereka yang gugur di tangan Lt. Adnan dan Askar Melayu. Beliau diikat dan digantung di sebatang pokok lalu dibunuh berkali-kali dengan bayonet. Jenazahnya dilarang diturunkan dari pokok tersebut sebagai memberi ajaran kepada sesiapa yang cuba menentang Askar Jepun yang kemudiannya menjajah Singapura selama tiga tahun.