Sabtu, 22 November 2008

Istimewa Buat Teman.


Salam Semua Para Bloggers dan Para Sahabat Maya..


Tepat jam 2 Petang nanti, diri akan bertolak untuk balik ke rumah tercinta. Selepas ini, lebih kurang sebulan lebih blog ini tidak diupdate. So, ingin mencoret sesuatu sebagai penutup semester ini dan semester depan merupakan semester terakhir aku berada di UMS sebagai mahasiswa Ijazah Pertama.


Banyak yang berlaku sepanjang semester ini. Begitu banyak kenangan yang tercipta. Paling tidak dapat dilupakan sewaktu menyertai Pertandingan Debat. Setiap debat yang aku pergi amat berbeza suasananya dalam paling berharga dapat bertemu sahabat-sahabat debat dari Universiti lain yang jarang sangat nak jumpa. Debat ni lah medium yang kami gunakan untuk bertemu.


Selain itu, program-program di UMS juga banyak meninggalkan kesan. Pengalaman ini hanya dapat dikutip sewaktu berada di kampus ceria ini. Entah bagaimana agaknya selepas ini. Tak dapat digambarkan hari-hari selepas tamat pengajian nanti. Pendek kata, di UMS ni banyak mengajar erti hidup dan lebih mematangkan fikiran.


Aktiviti masa cuti? Hm... Pertama akan ke kampung halaman tercinta di Ranau. Ada cousin aku akan mendirikan rumah tangga. Mesti best sebab semua cousin akan balik ke kampung. Boleh kongsi cerita nanti. Selepas itu, aku akan ke beberapa tempat di Sabah ni. Huhu, isi masa lapang disamping program luar yang bermanfaat. Hari rasmi aku akan kembali ke UMS adalah 28 Disember 2008. Aku akan merindui bilikku...


Di kesempatan ini, aku nak memohon maaf sekiranya pernah menyakiti hati kawan-kawan, pensyarah-pensyarah, tutor dan sesiapa sahaja. Maafkanlah diri ini. Aku hanya insan biasa di dunia yang fana ini.


Buat sahabat seperjuangan

Abg Cd selamat bercuti, nantikan kemunculanku disana..

Buat member debat Royal, selamat berjaya..

Buat Afiq Masleh, jaga diri..

Buat Adik- adik Juniorku, jumpa semester depan k..


Last,

Buat diriku, semoga semester depan menjanjikan kenangan yang lebih indah...


Wassalam...

6 comments:

Yusuf Nur berkata...

salam..wah..kamu kelihatannya ganteng d poto i2 dong..
takda pun link jass..

Muslimin Agung berkata...

Salam wasilah...

"Abg Cd selamat bercuti, nantikan kemunculanku disana.."

Anak, aku sediakan sudah karpet merah. Dtag kau ya

Az_liey berkata...

Abg Ucop... nanti saya buat pautan k....

Tanpa Nama berkata...

Salam..

Abang Jass..mana ucapan untuk adam,isk isk..
Ba,gurau jak ah..

Abang pun jaga diri baik2 jak ek..Ada jodoh, jumpa kat LD..

Az_liey berkata...

salam...

Ucapan untuk Adam merangkumi la semua tu....

BUat sahabt2...

Tunggu kehadiran ku di Ld....
huhu

Tanpa Nama berkata...

c cd tu mmpu ke bentang karpet merah... bgulung2 pnjangnya dri kk ke ld...