Jumaat, 21 November 2008

Ayat-Ayat Cinta..


Salam BUat semua, Yang sedang bercuti mahupun yang masih ada di bumi...

Terasa terpanggil untuk mencoretkan sesuatu di blog ini. Biasalah, sekarang ni blog menjadi medium untuk menyuarakan pendapat, mahupun untuk berkongsi atau diskusi.

Cinta memang indah. Seperti filem-filem melayu terkini yang pernah aku tonton. Sepi, Cinta, dan terkini Selamat Pagi Cinta yang baru ditayangkan semalam. Memang cinta itu membawa kita ke satu dimensi perasaan yang sukar untuk digambarkan namun dapat dirasa kepada mereka-mereka yang menjadi pengamal cinta. Oh dunia..

Alhamdulillah, sepanjang diri berusia 22 tahun tidak pernah sekalipun terjebak dalam mainan ini. Bukan apa, sayup-sayup suara ibu terngiang-ngiang berpesan agar sentiasa fokus untuk belajar. Akhirnya diri kini berjaya memasuki menara gading yang diidamkan. Namun, apa yang ingin disampaikan disini bukanlah pasal diri ini, jauh sekali memuji diri. Cuma untuk memberikan pendapat, maklumlah iman didada hanya senipis kulit bawang.

Pernah dulu, aku menghadiri satu forum, diskusi mengenai cinta. Ada seorang hamba ALLAH bertanya kepada salah seorang ahli panel. Adakah istilah CINTA ISLAMIC? Sentap jugak soalan. Jawapan ahli panel tersebut " Sehingga ke akhir zaman, tidak ada cinta sebegini". Bersetuju dengan jawapan panel tersebut. Kononnya cinta islamic ini seperti tidak berjumpa, sms menghantar tazkirah, namun telah mengikat satu perasaan antara satu sama lain bahawa mereka akan berkahwin. Inilah yang diagungkan oleh mereka yang mengamalkan cinta sebegini rupa. Hakikatnya, kita tidak boleh menipu diri sendiri. Kita manusia biasa. Ada hati dan perasaan.Aku yakin dan percaya bahawa, antara mereka pasti gila bayang antara satu sama lain. Biasalah, dah terikat katakan.

Aku pernah mempunyai seorang sahabat yang aku kira lebih baik dariku. Aku mengagumi ilmu agamanya. Namun sayang sekali apabila beliau sendiri terjebak dalam kancah ini. Aku melihat sendiri bermula dari hantar sms, sehinggalah mereka bertemu tanpa perantara. Aku sendiri bingung melihatnya. Bila aku bertanya, jawapannya cukup mudah " Manusia, biasalah iman lemah". Cukup bernas jawapannya. Ada jugak sahabatku yang aku cukup kagumi kerana ilmu agamanya yang tinggi, namun rupanya sedang dibuai cinta bersama seorang muslimah. Malah aku pernah terlihat gambar mereka berdua. Pernah seorang sahabatku mengeluarkan satu kenyataan bahawa perempuan ni, bersikap malu. Namun kalau si lelaki dah mula meluahkan kepadanya, lebih-lebih lagi jika lelaki itu dah lama bertakhta dihatinya, maka bermulalah satu kisah cinta. Namun, aku yakin tidak semua begitu. Ada jugak yang masih kental dengan ujian ini. Tepuk dada tanya iman..

Bagi aku, kita harus ingat bahawa matlamat tak menghalalkan cara. Contohnya memang matlamat ingin berkahwin, namun cara sebelum kahwin itu yang perlu diperhalusi. Kita harus memikirkan soal mendapat keredhaan dan keberkatan Ilahi. Zina hati harus dielakkan. Jauh sekali zina terang-terangan. Biarlah kita mencontohi Rasulullah S.A.W. Semuanya terpulang kepada diri sendiri. Tanya iman kita, jangan tanya selera. Kita mampu mengubahnya. Ramai sahabatku yang gagal dalam pelajaran kerana cinta. Aku menjadi saksinya. Lantas diri menjadikan itu sebagai sempadan untuk meneruskan liku-liku hidup ini. .....

9 comments:

Muslimin Agung berkata...

Salam WUFI

Sentap...Sapa gerangan tu yang memperbodohkan diri dengan istilah 'cinta islamic' konon?????
Elok laluan kembara ini dengan 'Jalan Cinta Ilahi', kerana pasti ada 'Takdir Cinta ILahi' menanti di akhir garisan, cuma pastikan sentiasa ada 'Muhasabah Cinta (ILahi)' sekalipun kita 'Terlalu Cinta'. Untuk maklumat lanjut layari http://musliminmukhlisin.blogspot.com

Az_liey berkata...

Salam...

Ini cuma pendapat. Namun andai terasa, terpulang pada diri sendiri. Jangan bermain api..

Tanpa Nama berkata...

Sering kedengaran istilah Couple Islamik. Istilah ni, di Malaysia org pandang sbg 'Pacaran Islami' (hubungan cinta Islamik tanpa nikah), adapun negara luar yang lain memandang Islamic Couple ni sbg pasangan Muslim yg telah bernikah.

Az_liey berkata...

Setuju.. namun Di Malaysia, khususnya UMS sendiri? konotasinya berbeza... Ada menganggap ini sesuatu yang halal... Wallahualam..

Tanpa Nama berkata...

Dgn adanya penyataan jelas mengenai Pacaran Islami ni haram, ramai yg sudah berubah menjadi Islamic Couple, dan ramai juga yg mengambil keputusan utk kembali sendiri. Ana sarankan kpd yg dah terlanjur bercinta Islami tu, nikah sahaja lah jalan yg terbaik, kalau nak kembali single tu mmg akan menanggung bebanan perasaan yg sangat berat. Fitrah utk bercinta sudah ada jalan halal dlm Islam.

Az_liey berkata...

Setuju, namun hakikatnya kembali kepada yang asas. Jika tahu itu haram, maka segera tinggalkan. Namun, jika sudah terlanjur cari jalan terbaik agar tidak timbul fitnah...

Az_liey berkata...

Muhasabah Bersama....

Tanpa Nama berkata...

Uii,sntap abang..gituu..

Ba,tapi kdg2 dalam bjuang ni tkut jgk tpalit diri sndiri kn..
Apatah lagi tpalit cinta songsang,haha..

Az_liey berkata...

Hm.. Yang penting kita tahu diri kita,,,
Tepuk dada tanya iman..

Ada jugak yang hipokrit..

Its up to us back...