Sabtu, 22 November 2008

Istimewa Buat Teman.


Salam Semua Para Bloggers dan Para Sahabat Maya..


Tepat jam 2 Petang nanti, diri akan bertolak untuk balik ke rumah tercinta. Selepas ini, lebih kurang sebulan lebih blog ini tidak diupdate. So, ingin mencoret sesuatu sebagai penutup semester ini dan semester depan merupakan semester terakhir aku berada di UMS sebagai mahasiswa Ijazah Pertama.


Banyak yang berlaku sepanjang semester ini. Begitu banyak kenangan yang tercipta. Paling tidak dapat dilupakan sewaktu menyertai Pertandingan Debat. Setiap debat yang aku pergi amat berbeza suasananya dalam paling berharga dapat bertemu sahabat-sahabat debat dari Universiti lain yang jarang sangat nak jumpa. Debat ni lah medium yang kami gunakan untuk bertemu.


Selain itu, program-program di UMS juga banyak meninggalkan kesan. Pengalaman ini hanya dapat dikutip sewaktu berada di kampus ceria ini. Entah bagaimana agaknya selepas ini. Tak dapat digambarkan hari-hari selepas tamat pengajian nanti. Pendek kata, di UMS ni banyak mengajar erti hidup dan lebih mematangkan fikiran.


Aktiviti masa cuti? Hm... Pertama akan ke kampung halaman tercinta di Ranau. Ada cousin aku akan mendirikan rumah tangga. Mesti best sebab semua cousin akan balik ke kampung. Boleh kongsi cerita nanti. Selepas itu, aku akan ke beberapa tempat di Sabah ni. Huhu, isi masa lapang disamping program luar yang bermanfaat. Hari rasmi aku akan kembali ke UMS adalah 28 Disember 2008. Aku akan merindui bilikku...


Di kesempatan ini, aku nak memohon maaf sekiranya pernah menyakiti hati kawan-kawan, pensyarah-pensyarah, tutor dan sesiapa sahaja. Maafkanlah diri ini. Aku hanya insan biasa di dunia yang fana ini.


Buat sahabat seperjuangan

Abg Cd selamat bercuti, nantikan kemunculanku disana..

Buat member debat Royal, selamat berjaya..

Buat Afiq Masleh, jaga diri..

Buat Adik- adik Juniorku, jumpa semester depan k..


Last,

Buat diriku, semoga semester depan menjanjikan kenangan yang lebih indah...


Wassalam...

Jumaat, 21 November 2008

Ayat-Ayat Cinta..


Salam BUat semua, Yang sedang bercuti mahupun yang masih ada di bumi...

Terasa terpanggil untuk mencoretkan sesuatu di blog ini. Biasalah, sekarang ni blog menjadi medium untuk menyuarakan pendapat, mahupun untuk berkongsi atau diskusi.

Cinta memang indah. Seperti filem-filem melayu terkini yang pernah aku tonton. Sepi, Cinta, dan terkini Selamat Pagi Cinta yang baru ditayangkan semalam. Memang cinta itu membawa kita ke satu dimensi perasaan yang sukar untuk digambarkan namun dapat dirasa kepada mereka-mereka yang menjadi pengamal cinta. Oh dunia..

Alhamdulillah, sepanjang diri berusia 22 tahun tidak pernah sekalipun terjebak dalam mainan ini. Bukan apa, sayup-sayup suara ibu terngiang-ngiang berpesan agar sentiasa fokus untuk belajar. Akhirnya diri kini berjaya memasuki menara gading yang diidamkan. Namun, apa yang ingin disampaikan disini bukanlah pasal diri ini, jauh sekali memuji diri. Cuma untuk memberikan pendapat, maklumlah iman didada hanya senipis kulit bawang.

Pernah dulu, aku menghadiri satu forum, diskusi mengenai cinta. Ada seorang hamba ALLAH bertanya kepada salah seorang ahli panel. Adakah istilah CINTA ISLAMIC? Sentap jugak soalan. Jawapan ahli panel tersebut " Sehingga ke akhir zaman, tidak ada cinta sebegini". Bersetuju dengan jawapan panel tersebut. Kononnya cinta islamic ini seperti tidak berjumpa, sms menghantar tazkirah, namun telah mengikat satu perasaan antara satu sama lain bahawa mereka akan berkahwin. Inilah yang diagungkan oleh mereka yang mengamalkan cinta sebegini rupa. Hakikatnya, kita tidak boleh menipu diri sendiri. Kita manusia biasa. Ada hati dan perasaan.Aku yakin dan percaya bahawa, antara mereka pasti gila bayang antara satu sama lain. Biasalah, dah terikat katakan.

Aku pernah mempunyai seorang sahabat yang aku kira lebih baik dariku. Aku mengagumi ilmu agamanya. Namun sayang sekali apabila beliau sendiri terjebak dalam kancah ini. Aku melihat sendiri bermula dari hantar sms, sehinggalah mereka bertemu tanpa perantara. Aku sendiri bingung melihatnya. Bila aku bertanya, jawapannya cukup mudah " Manusia, biasalah iman lemah". Cukup bernas jawapannya. Ada jugak sahabatku yang aku cukup kagumi kerana ilmu agamanya yang tinggi, namun rupanya sedang dibuai cinta bersama seorang muslimah. Malah aku pernah terlihat gambar mereka berdua. Pernah seorang sahabatku mengeluarkan satu kenyataan bahawa perempuan ni, bersikap malu. Namun kalau si lelaki dah mula meluahkan kepadanya, lebih-lebih lagi jika lelaki itu dah lama bertakhta dihatinya, maka bermulalah satu kisah cinta. Namun, aku yakin tidak semua begitu. Ada jugak yang masih kental dengan ujian ini. Tepuk dada tanya iman..

Bagi aku, kita harus ingat bahawa matlamat tak menghalalkan cara. Contohnya memang matlamat ingin berkahwin, namun cara sebelum kahwin itu yang perlu diperhalusi. Kita harus memikirkan soal mendapat keredhaan dan keberkatan Ilahi. Zina hati harus dielakkan. Jauh sekali zina terang-terangan. Biarlah kita mencontohi Rasulullah S.A.W. Semuanya terpulang kepada diri sendiri. Tanya iman kita, jangan tanya selera. Kita mampu mengubahnya. Ramai sahabatku yang gagal dalam pelajaran kerana cinta. Aku menjadi saksinya. Lantas diri menjadikan itu sebagai sempadan untuk meneruskan liku-liku hidup ini. .....

Isnin, 17 November 2008

MInyak dan BeRas






PUTRAJAYA: Harga runcit petrol dan diesel turun 15 sen seliter lagi berkuat kuasa hari ini, manakala harga siling beras Super Tempatan (ST) lima peratus serta 10 peratus hancur dikurangkan antara 20 dan 30 sen sekilogram, mulai kelmarin. Penurunan harga bahan api itu adalah yang kelima sejak Ogos lalu, manakala pengurangan harga siling beras pula yang pertama dilakukan sejak harga barangan makanan berkenaan dikawal kerajaan Mei lalu.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata harga petrol RON97 kini RM2 seliter, RON92 pula RM1.90 seliter, manakala diesel RM1.90 seliter. Dalam kenyataannya semalam, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan mengambil keputusan mengurangkan lagi harga runcit petrol dan diesel sejajar dengan penurunan harga minyak dunia yang berterusan. Beliau berkata, kerajaan turut berharap peniaga mengambil langkah untuk terus mengurangkan harga barang supaya rakyat mendapat manfaat sepenuhnya berikutan penurunan terbaru harga bahan api itu.
"Kita juga berharap pengguna akan terus mengamalkan sikap berhemah dalam penggunaan petrol dan diesel walaupun harganya sudah menurun beberapa bulan lalu. Ini selaras dengan hasrat kita memastikan penggunaan tenaga yang efisien," katanya.


Sementara itu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed, dalam kenyataannya mengumumkan harga siling baru beras ST lima peratus diturunkan daripada RM2.80 kepada RM2.60 sekilogram, manakala ST 10 peratus hancur dikurangkan kepada RM2.40 sekilogram berbanding RM2.70 sekilogram sebelum ini. Beliau berkata, penurunan harga itu diwartakan kelmarin dan berdasarkan pemantauan kementerian, pengusaha pasar raya sudah pun menurunkan harga beras berkenaan. Bagaimanapun, katanya, masih ada beberapa kedai runcit yang menjual beras itu pada harga lama.

Beliau memberi amaran tindakan tegas akan diambil mengikut Perintah Beras (Kawalan Gred dan Harga) 1992 terhadap peruncit yang menjual beras berkenaan melebihi harga siling itu. Harga beras ST5 dan ST10 mula dikawal pada Mei lalu berikutan kenaikan harga beras di pasaran dunia. Sebelum itu, kerajaan hanya mengawal harga beras ST15 sejak 1998.




Dipetik dari http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/BeritaUtama/20081117224700/Article/index_html

PeNyeSalaN..


Sejenak selepas solat Maghrib tadi, tiba-tiba diri dihambat satu perasaan. Perasaan yang sukar untuk digambarkan melintasi benak minda yang baru selesai bermunajat. Adakah diri cukup bekalan untuk dibawa ke hari muka... Adakah diri cukup sedia untuk di adili di mahkamah NYa. Setiap kali persoalan bermain di ruang kepala, diri pasti takut untuk menanti saatnya.

Iman yang senipis kulit bawang ini mana mungkin jadi pertaruhan. Permainan dunia terlalu banyak menguasai nafsu dan ditenggelami naluri hati. Tatkala diri bebas dari ujian, disitulah alpa akan tanggungjawab. Bila diri ditimpa ujian, barulah merasa besar kuasaNya.

Bila diimbas, terlalu banyak hati-hati yang disakiti. Terlalu banyak amarah yang dicipta. Namun, ada juga yang manis buat pengganti diri. Agak sukar untuk menilai diri ini. Biarlah baik buruk dinilai dimata dunia. Sukarnya menghadapi semua ini.

Lantas, timbul satu penyesalan. Diri belum bersedia, diri belum cukup bekalan. Andai esok tiba giliran untuk pergi menemuiNya, bagaimana hendak dijawab. Semua komponen diri menjadi saksi. Hanya mampu berdoa agar masih diberikan nafas untuk mengingatiNya, mengkuti suruhanNYa, meninggalkan laranganNYa.....

Stand Together




Here we are living in this world

A journey to the end

We are servants

We bow to Allah

From Him a helping hand


We are different races

From countries far and wide

Together we can face it

Uphold what?s pure and right


We can stand and work hand in hand

Were stronger when we unite

Share the words and spread the truth

With Iman Allahs light

In our hearts cant fake it

When Allahs love embraced

Together we can make it

The world a better place


Everything in life

We can take everything in stride

Cause we live in this worldly life

Can only try


Every dream we have

We want to have the very best

But we can only face the test

For we can try


And in team we stand

And in team we can

We can make it through the day

We can help each other one another

And in team we should stay

Let us take the guidance from Allah

And Rasulullah

We can face the world

We can make it through the night

Jumaat, 14 November 2008

BeRakHirnya SebuAh Penantian...

Alhamdulillah, seletah lebih 2 minggu berjihad akademik, akhirnya paperku habis kelmarin.. Rasa bersyukur sangat kerana mampu menjawab dengan baik dan rasanya mengikut apa yang di baca di nota. Selepas ini aku akan merindui meja studyku untuk sebulan lebih. Haha, nak balik kampung halaman. Untuk cuti kali ini, aku tidak terlibat dengan sebarang aktiviti. Kalau sebelum ini, cuti semester 1 dipenuhi dengan aktiviti di semenanjung namun kali ini hanya bersama keluarga tersayang. Buat adik tersayang, Nur Arshilla Atiqah tahniah dengan keputusan UPSR yang cemerlang. Namun belum dapat pecahkan rekodku.. hehe.. Buat adikku Nur Shakirah, selamat kembali ke Sabah (rumah). Tak sabar rasanya untuk berkongsi cerita. Buat sahabat2, selamat bercuti... Semoga semester depan akan lebih manis dari sebelumnya. Buat Abg Bubu, tahniah dan selamat mengajar.. Akhir kalam, jumpa lagi di entry akan datang..
Ini meja study ku, selamat bercuti....

Rabu, 12 November 2008

Memori Aku Seorang Pendebat...

Aku ingin berkongsi sesuatu dengan pembaca2 blog ini, mahupun kepada sahabat- sahabat yang mengenali diri ini mengenai satu pengalaman yang cukup berharga yang aku kutip satu persatu semasa menjadi mahasiswa UMS yang aku cintai ini. Tidak dapat aku nafikan bahawa aku berkembang dan matang di Ums ni melalui Debat. Debat? Aku sendiri pada mulanya tidak tahu apakah itu debat. Kalau disekolah dulu, aku hanya pernah mengikuti Pidato, sajak,Pantun dan Forum Remaja.

Namun segalanya telah berubah apabila aku menceburi bidang debat ini. Bermula dengan Debat Piala Naib Canselor(masa tu, aku satu team ngan Qhairul, Kak Laila, dan Abg CD). Aku mewakili kolej AB dan diletakkan dalam kumpulan Senior.(Kadang2 menempel kat Group Junior). Alhamdulillah pada waktu itu, Kolej AB sekali lagi menjuarai Debat Piala Naib Canselor 2006.Masa tu aku hanya sebagai simpanan. Selepas itu, aku mencuba untuk memboloskan diri untuk mewakili Ums keperingkat kebangsaan. Alhamdulillah dengan izinNYA, aku sekali lagi terpilih untuk mewakili Ums ke Pertandingan Debat Diraja yang bertempat di Universiti Malaysia Sarawak pada 26-30 Disember 2006. Aku satu team ngan Kak Laila dan Mastura. Memang satu pengalaman yang manis. Pencapaian team kami agak baik dimana kami menewaskan UM(Muda), UUM (Muda) dan KUKTEM(sekarang dipanggil UMP). Namun takde rezeki untuk ke suku akhir. Paling mengharukan apabila sebanyak 2 buah bas penyokong Ums datang ke Unimas untuk memberi sokongan.
Selepas itu, aku ada menyertai Debat Piala Dekan anjuran PERMASES. Debat Piala Dekan itu berlangsung pada Febuari 2007 semasa aku berada di Sem 2. Debat Piala Dekan ini hanya terbuka kepada mahasiswa SSS yang mewakili program masing2. Aku mewakili program Hubungan Industri dan bergandingan dengan Ayuni, Fazirah dan Taty(simpanan). Alhamdulillah team aku berjaya menjuarai Debat tersebut menewaskan Program Sejarah pada pusingan akhir. Paling manis sekali aku dinobatkan pendebat terbaik dan kami mengekalkan rekod tanpa kalah.
Masuk tahun ke 2 pengajian, aku menyertai Debat Piala Nc kali kedua. Walaupun tewas pada final, namun pengalaman yang sangat berharga aku perolehi bersama TeamMate Kak Laila dan Busyrol. Im so proud of you guys.. Seterusnya pada November 2007, sekali lagi aku terpilih untuk ke Debat Diraja yang dianjurkan di Uitm Shah ALam. Kali ini bergandingan dengan Laura, Jumriati dan Putri sebagai simpanan. Alhamdulillah team kami berjaya break ke suku akhir dan menjadi wakil tunggal UMS. Walaupun tewas di tangan UKM, namun, pengalaman itu aku kutip untuk lebih memperbaiki untuk debat yang akan datang. December 2007 aku sekali lagi mewakili UMS ke Debat Institut Kefahaman Islam Malaysia bertempat di IKIM jalan Duta.Kali ini bergandingan dengan Abg Burhanuddin ( Sifu IKIM), Nasir dan Kak Nadirah. Agak besar amanah itu untuk mempertahankan kejuaraan yang dikecapi oleh senior (Khai, Hani, and Abg Burhan) yang menjuarainya sebelum ini. Namun, rezeki hanya setakat suku akhir apabila tewas ditangan UIAM. Debat IKIM ini agak menarik dan lebih tenang.
Pada Febuari 2008, sekali lagi aku mewakili UMS ke Pertandingan Debat Integriti bertempat di USM Penang. Debat ni paling best sebab kami pergi dengan 2 Team. Team 1 Khai, Kak Laila , Abg Fairuz n Kak Nadirah. Manakala Team 2 membariskan gandingan Aku, Farizah, Mastura dan Razak sebagai simpanan. Alhamdulillah team kami berjaya memenangi 5 daripada 6 perlawanan pusingan awal dan berada ditempat kedua dibawah UM. Sekali lagi tewas pada suku akhir ditangan UNITEN. Namun, gandingan team kami amat baik dan serasi. Paling best dapat berjalan sekitar penang dan ke Kedah dan singgah untuk makan tengahari di rumah Kak Diera. huhu...
Tanggal Mei 2008, semasa cuti semester sekali lagi aku menyertai Debat Perpaduan yang bertempat di UUM Sintok. Kali ini kolaborasi bersama Abg Fairuz dan Kak Nadirah. Kami berjaya ke suku akhir dan menewaskan UTM pada suku akhir dan tewas ditangan UiTM pada separuh akhir. Walaubagaimanapun, inilah pencapaian terbaik aku setakat ini. Walaupun gagal melangkah ke pentas akhir,namun aku berpuashati dengan semangat dan kerja keras yang kami usahakan walaupun ketika itu cuti semester.

Membuka lembaran baru semester pertama berada ditahun akhir, bermula dengan Debat Alam Sekitar 2008 pada Julai tahun lalu yang mana UMS menjadi tuan rumah. Aku tidak menjadi peserta sebaliknya menjadi L.O. kepada pasukan UMS yang membariskan Khai, Abg Bubu dan Abg Fairuz. Namun rezeki tidak menyebelahi UMS apabila tewas disuku akhir kepada UM. (seperti royal 2006, merdeka 2006 dan alam sekitar 2006). Namun pada asasnya, performance mereka tetap baik dan hanya rezeki tidak menyebelahi. Pada Oktober 2008, aku mewakili UMS untuk ke Debat Pengguna bertempat di MMU Melaka. Masih mengekalkan team integriti 2008, Aku, Farizah dan Mastura serta Azlan selaku simpanan. Sememangnya aku mengakui tidak dapat memberi fokus dalam debat ini kerana aku menghadapi masalah peribadi sehingga mengganggu tumpuan terhadap debat tersebut. Hanya memenangi 3 daripada 6 perlawanan pusingan awal iaitu kepada USIM, IPgaya dan IP Sultan Mizan. Kami gagal ke suku akhir. Inilah memori paling pahit sepanjang aku berdebat ditambah dengan masalah peribadi pada waktu itu.

Kini, aku telah berada dihujung pengajian. Tidak ada lagi Debat selepas ini. Namun aku akan merindui saat- saat bersama pasukan UMS yang bersengkang mata latihan dan juga mencari fakta kes.Debat ini yang telah menjadi sahabat baikku di UMS. Buat junoir-junior Debat UMS, teruskan perjuangan. Seperti kata Kak Miza, "Cinta Debat Adalah Cinta Luar Biasa".


Dibawah ini disertakan gambar-gambar kenangan bersama rakan seperjuangan UMS
Debat Pengguna di MMU. OKT 2008

Debat Perpaduan UUM Mei 2008

Debat Integriti USM Februari 2008

Debat Di Raja UNIMAS 2006

My Best Team.........













TahNIah BUat Adikku

Tahniah Buat adikku, Jass Azwan kerana baru sahaja menamatkan pengajian kat Institut Kemahiran Belia Negara( IKBN) cawangan Kinarut.. dengan Jurusan Pendawaian Elektrik, hehe bolehlah dia fix apa yang patut kat rumah nanti.. Selamat sambung pengajian semula... ( huhu, dengki sangat ngan dia ni... aku bila lagi nak Konvo...). Anyway, congrats.... Adikku, yang kiri(agak sedikit pendek)ngan kawan die...

Selasa, 11 November 2008

Sahabatku....

Sahabatku, Jalan ini Bukan Mudah. Aku Bersamamu.
www.iLuvislam.com


Sahabat..

Aku mencintaimu kerna Rasulullah memerintahkan aku mencintaimu. Ya,tidak beriman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri.


Sahabatku yang sangat aku cintai..

Sungguh,jalan yang kita lalui ini bukan jalan yang indah dan mudah. Jalan ini matlamatnya cantik dan mengkagumkan.Tapi, sungguh tidak dapat aku janjikan kepadamu jalan ini akan senang kau lalui. Bukankah sejarah membuktikannya, haq yang ingin dibawa tentu sekali akan ditentang.


Sahabat..


Bukankah dalam kita berdiskusi, seringkali kita ingatkan pejuang yang telah lama terkorban dulu? Sheikh Hassan Al Banna,ditembak di pasar. Kerna apa? Kerna dia membawa yang haq! Syed Qutb,nyawanya tercabut menemui Rabb nya di tiang gantung? Kerna apa? Kerna dia membawa yang haq. Sheikh Ahmad Yassin dibunuh dengan misil yahudi laknatullah di hadapan masjid di subuh yang hening. Kerna apa? Kerna dia juga membawa yang haq!


Amanah ini untuk kita,sahabatku.Amanah ini untuk orang seperti kalian. Bukanlah aku ingin menggoyahkan semangat wajamu dan bahkan tidak sesekali. Tetapi sahabat,yang pasti ingin aku ingatkan janji Allah terhadap orang yang menolong agamanya, Allah pasti akan membantu urusannya. Aku ingin ingatkanmu kasih sayangNya dan rahmatNya terhadap hamba yang diredhai Nya. Bukankah senang nanti bila Allah tanyakan kepada kita: Apa yang kau gunakan masa mudamu dan aku dan kau serentak menjawab :Ya Tuhanku, Ya Rabb, masa mudaku dan masa tuaku adalah aku letakkan pada jalanMu. Adalah untuk Kau. Hanya untuk hidup dalam redhaMu walau kami ditekan. Untuk hidup dalam cinta kami kepada Mu.


Sahabat...

Peluru, tali gantung, pedang yang tajam, bahkan tekanan yang kuat dari pengalaman kehidupan sememangnya boleh melemahkan sesiapa sahaja. Tapi bukan engkau. Engkau dibina dengan tarbiyah. Dihiasi keindahan akhlak. Dilahirkan sebagai pendukung agama ini. Biar siapa sahaja pun engkau, biar apa sahaja kata orang,kau terus menguatkan langkah menyusur jalan in. Aku yakin,kerna kau sahabatku.


Sahabatku yang dikasihi..

Tidak dapat aku janjikan kesenangan dan kemewahan mengikut jalan ini. Tidak dapat aku berikan nama dan pangkat. Tapi akan ku tawarkan yang lebih baik dari segala itu. Akan kuberikan doaku semoga kau teguh dalam jalan ini .Akan ku bersama kau melangkah membawa haq dalam jalan ini. Akan aku luka dan berdarah bersama kau. Kerna kita saudara yang saling mencintai kerna Nya.

Sungguh aku bersama mu

Beratnya Sebuah Pertuduhan...

Agak susah untuk menerima satu pertuduhan yang kita sendiri tidak lakukan.
Tidak mudah untuk puaskan hati semua orang ..
Namun, kadangkala agak sukar untuk meleraikan segala pertuduhan itu...

Biarlah Dia yang menilainya,
Dia akan menjadi hakim, kita adalah pelakon,
..........

Biarlah DIA mendengar Rintihan ini...

Jass

SaLam Wasilah/....

Assalamualaikum buat semua

Buat sahabat semua, ini adalah blog rasmi saya...
so, blog yang lagi satu saya akan delete...

diharap anda semua boleh beri idea yang boleh meransang minda...






Isnin, 10 November 2008

salam

ini blog ana